Langgan

Eksklusif Milan - 'Xuan Di Milan', Mengitari Kota Fesyen

Lee Xuan menikmati Milano dalam halaman fesyen November 2025!
3 minit untuk membaca
Published: November 14, 2025

Beralihlah masa dibawa arus, mengisi sesak bandar mega. Menerokai Milano seraya mengecap nikmat indah bersama Lee Xuan, nan kejauhan dari tanah airnya. Dia berharmoni dengan gaya-gaya musim luruh/dingin kala percutian - dari masa tergelincirnya bulan sehinggalah larutnya mentari pagi.

Bulan ini, halaman fesyen November 2025 - ELLE MALAYSIA dan Lee Xuan berpergian jauh ke kota Itali, mendekati gaya hidupnya dan mengutuskan 'surat cinta' buat dunia fesyen!

lee xuan

SENI BINA

Menarik perhatian khalayak yang memahami seni ciptaan sesuatu pakaian. Elemen nyata, yang menghubungkan gaya dengan pandangan umum.

Blazer dan seluar daripada MOSCHINO

lee xuan

PURE FORM

Berbantukan siluet yang tiada kerumitan, titik fokus diberikan kepada motif floral yang jelas terpamer. 

Drss daripada MSGM

lee xuan

WEATHER-WISE

Berasaskan keselesaan. Tamabahan pula, atmosfera Milan yang terkadang dingin, terkadang panas.

Baju, seluar dan kasut daripada SPORTMAX. Sarung tangan milik penata gaya.

lee xuan

NILAI NOSTALGIA

Parameter kota Milan sepertikan kena dengan garis kecirian vintaj atau nostalgia. 

Blaus, skirt, tali pinggang dan kasut, kesemuanya daripada GUCCI

REFINED UTILITY

Percabangan antara kefungsian dengan glamor. Melangkah yakin di jalan berbatu kota Milan.

Dress, kasut dan beg, kesemuanya daripada FERRAGAMO

lee xuan

DINAMIK KEDUAAN

Tailoring bertemu nada lembut adalah penyatuan gaya yang membuktikan diri seorang yang jiwanya ‘pemberontak’ melawan kebolehramalan.

Jaket, skirt, beg tangan dan kasut, kesemuanya daripada ONITSUKA TIGER

CITY POISE

Pengertian elegan kini ke arah dimensi gaya yang clean chic, menandakan kematangan! 

Dress daripada MAX MARA

PERTENTANGAN HALUS

Composed and unbothered. Menonjolkan keberanian dalam merangka suatu penampilan yang berpangsikan aspek layerings. 

Jaket, kemeja, baju panas, skirt dan kasut, kesemuanya daripada ONITSUKA TIGER

PENTAS MELODRAMA

Pengolahan ekspresi gaya yang feminin dan romantik, ‘bahasa’ visual yang sempurna bila bergandingan dengan latar kota Milan.

Dress dan kasut daripada ALLSAINTS. Sarung tangan milik penata gaya.

GLAMOR PRAGMATIK

Imej yang mengumpamakan fesyen ‘industrial’ dan perpaduannya dengan citra glamor, benar-benar mencerminkan watak utama city girl. 

Jaket, skirt dan kasut, kesemuanya daripada ONITSUKA TIGER

Mengenali Lee Xuan

Awan lembayung petang hari itu menandakan sehari suntuk penggambaran fesyen seraya mengitari kota Milan, Itali. Menggugat tenaga sepasukan yang berhujung dengan duduk melepaskan lelah. Setiap minit atau saat yang terluang itu, berbual seketika dengan Lee Xuan - wajah yang menghiasi halaman fesyen kami bulan ini. Chan Lee Xuan atau lebih mesra dipanggil Lee Xuan mengucapkan kata, “Ini pertama kali saya berada di Minggu Fesyen Milan.” Dia diundang sebagai ‘delegasi’ Malaysia ke Minggu Fesyen Milan, menghadirkan diri ke presentasi serta pertunjukan fesyen. Sepotong harapan terbetik jelas pada seraut wajahnya, sementelahan membentuk keterujaan dalam hatinya.

Sentuhan rasa yang melatari perasaan Lee Xuan di Minggu Fesyen Milan, ada keterkaitan dengan kerjayanya. “Saya bermula sebagai seorang model, bernaung di bawah Amber Chia Academy,” ungkap Lee Xuan. Lee Xuan bulat tekad menceburkan diri dalam landasan fesyen dan modelling, makanya dia komited untuk menitis dedikasi itu dalam setiap untaian perjalanannya.

“Awal usia 20-an, saya beriltizam untuk menyertai pertandingan. Pertandingan ratu cantik seperti Faces of Malaysia, Miss Malaysia Globe International dan Miss Astro Chinese International antaranya,” kongsinya lagi. Suara optimis Lee Xuan menghimpunkan cita-cita untuk memperluaskan namanya. Bila disoal tentang pengalamannya hadir ke pertunjukan Dolce & Gabbana dan MSGM, balas Lee Xuan, “Saya berjaya mengharungi rasa ketegangan!

Gementar kerana seperti yang saya jelaskan, ini adalah kali pertama, kan? Merusuhkan fikiran pada awalnya kerana tidak pasti bagaimana untuk membiasakan diri. Namun, bila sudah berada di gelanggang fesyen tersebut, segalanya berpadu menjadi satu kenikmatan. Saya berpeluang meneliti setiap rekaan, memahami perjalanan pertunjukan fesyen dan memperhebat networking saya.”

Fotografer : Edmund Lee | Penataan gaya : Max Mak | Model : Lee Xuan | Dibantu oleh : Gary |

Temu bual : Ardi idewani

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down