Kala kita bersiap-sedia membuka lembaran fesyen untuk tahun 2025, tiba masanya untuk menoleh seketika memperingati momen fesyen ikonik tahun ini, dari pentas peragaan Victoria Secret ke trend cowboy-core. Ini momen-momen fesyen ikonik yang mendefinisikan tahun 2024!
Brat Summer
Top of the list, mana mungkin trend BRAT ketinggalan dalam senarai, kan? Trend yang diperkenalkan oleh Charli XCX memecah internet menciptakan momen ikonik pop culture gabungan muzik dan fesyen serta rona neon hijau dan stail berinspirasikan Y2K.
Pertunjukan Fesyen Victoria Secret
Victoria Secret kembali ke pentas peragaan selepas 6-tahun hiatus, dengan membawa nama-nama besar model dan supermodel seperti Kate Moss, Tyra Banks, Adriana Lima, Irina Shayk, the Hadid sisters dan ramai lagi!
Very demure, very mindful
Bintang TikTok, Jools Lebron yang viral untuk ungkapan 'Very demure, very mindful' buatkan dia menjadi sebutan ramai, malah mendapat tempat frow di pertunjukan fesyen Bottega Veneta. Tahun 2024 pastinya tahun yang cukup memorable untuk Lebron!
Cowboy-core
Siapa sangka trend cowboy-core akan menjadi trend terhangat fesyen tahun ini? Rata-rata orang kuat industri mengangkat estetik western ini seperti Beyoncé untuk album 'Cowboy Carter', hubungan romantis Bella Hadid bersama pasangan cowboy ke pentas fesyen Paris Louis Vuitton.
Momen Fesyen Mugler Zendaya
Apabila Zendaya melangkah ke premier filem 'Dune 2' dalam busana couture vintag Mugler, tidak disangkalkan lagi status Zendaya sebagai selebriti paling fashionable di Hollywood. Simply, iconic.