Langgan

Meligatkan Aksi! Tyla, FKA twigs & Caroline Polachek ‘Mengusik’ Kita Dalam Kempen H&M Bertemakan Festival

Tyla, FKA twigs menjadi penyeri kempen H&M musim bunga/panas 2025!
2 minit untuk membaca
Published: March 22, 2025
tyla

Keterujaan menggunung pabila melihat tiga figura muzik ternama bahu-membahu dalam kempen yang meraikan aspek festival muzik. Berhujung dengan kepuasan, kempen ini memberi penghormatan kepada kuasa kewanitaan yang menjentik rasa untuk menerokai pelbagai mood, sensitiviti dan identiti. Jenama H&M musim bunga/panas 2025 menampilkan tiga diva muzik masa kini – Tyla, FKA twigs dan Caroline Polachek. 

tyla

Mengintegrasikan muzik dan fesyen, kempen H&M musim bunga/panas 2025 merayakan tema festival. Sekali gus, kempen ini berteguh dalam mendukung visi fesyen H&M yang membariskan rekaan-rekaan luar biasa kali ini. Terbahagi kepada dua penggalan namun dipertemukan dalam satu ‘jalinan cerita’ yang menjulang kewanitaan pelbagai dimensi. Kendatipun dua penggalan, namun kedua-duanya berarah kepada satu matlamat yang sama. Bahagian pertama menerokai citra bohemia, gaya-gaya festival sehinggalah gaya-gaya urban chic. 

Nyalaan semangat gaya H&M musim ini juga diperkukuhkan lagi dengan kebebasan imej androgini dan mempamerkan penghargaan buat stail pemuzik glam rock, yang diserapkan dalam penggayaan yang berilhamkan New Romantic. 

tyla

Citra era 70-an, 90-an serta masa kini berpadu, ‘mengendong’ aspek nostalgia dan dreamy. H&M menggabungkan hal masa lampau dengan kekinian. Helaian-helaian yang berteraskan stail ‘barang pusaka’ disuntik nafas baharu dengan diperhalusi sentuhan urban. Koleksi ini diperkayakan oleh rock and roll staples,blaus sheer kembang, kemeja lace-up dan tunik. Kemasan kolar serta manset, teknik krusye, sirt mini bersulam dan ropol-ropol berlapis pula memperlihatkan fokus H&M pada butiran tekstur. 

Eliana Masgalos, Ketua Pereka Pakaian Wanita di H&M, berkongsi, “Musim ini, inspirasi tercetus daripada kepelbagaian fasa serta detik dalam kehidupan wanita dan kehebatan kuasa kewanitaan. Kami mahu membariskan himpunan rekaan yang menyuntik tenaga. Perasaan yang bertunas daripada aspek eskapisme serasa relevan : we wanted to play with a beautiful bohemia, rock icons and festival freedom.”

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down