Jika dahulu, para wanita berjuang untuk hak memakai seluar panjang, kini mereka bebas untuk meninggalkannya di rumah. Jika anda ingin mencuba, ikuti gaya berani bintang streetstyle berikut yang mengekspresikan kebebasan.
Tip: Lapiskan dengan kot.
Kot membolehkan anda untuk bereksperimen dengan trend no-pants walaupun ketika musim hujan yang dingin.
Tampil lebih berani untuk memadankan fabrik tweed dalam pelbagai corak, seperti bodysuit dan jaket ini.
Tip: Gabungkan tekstur dan bahan yang berlainan.
Dalam memandankan pilihan pakaian, apa kata cuba untuk bermain dengan kombinasi tekstur - kunci untuk ketrampilan bergaya.
Jaket dan seluar pendek daripada bahan korduroi boleh menjadi pilihan untuk tampil berbeza.
Perincian bertali dan bahan renda menjadikan penampilan ini begitu seksi.
Tip: Stokin dan aksesori (seperti perhiasan dan topi) menambahkan elemen elegan pada penampilan.
Meskipun dengan menggayakan stokin, anda sebenarnya tetap dapat tampil penuh elegan. Jika inginkan gaya yang lebih fun apa kata pilih tights berwarna terang untuk menyerlahkan gaya seksi.
Serikan penampilan serba hitam anda dengan aksesori berona emas.
Tip: Butiran berkilau - pilihan praktikal untuk acara pesta
Seluar pendek dengan perincian labuci boleh menjadi padanan unik bersama kemeja klasik kegemaran anda. Tak perlu pulang untuk bersiap semula selepas bekerja, anda sudah sedia untuk keluar bersosial bersama teman-teman wanita anda.
Taburan berkilauan menambahkan kesan dramatis dan glamor, menjadikannya sempurna untuk dipakai pada momen-momen istimewa.
Oleh Gisela Gabriella/ELLE Indonesia