Langgan

Ling Ling Kwong Bintang Kempen Calvin Klein Terbaharu

Lingling Kwong x Calvin Klein
1 minit untuk membaca
Published: February 2, 2026

Calvin Klein melancarkan kempen pakaian dalam musim bunga 2026 terbaharu di Asia yang menampilkan Ling Ling Kwong.

lingling kwong ck

Calvin Klein memperkenalkan kempen terbaharu di Asia yang menampilkan pelakon Thailand, Ling Ling Kwong. Juga dikenali sebagai Sirilak Kwong, bintang Thai itu menjadi wajah terbaharu dalam koleksi pakaian dalam ikonik jenama untuk musim bunga 2026.

Kempen ini yang dirakam oleh jurugambar Haihua Ren dan juruvideo AJ DUAN. Ia  mengetengahkan keyakinan semula jadi Lingling Kwong, sekali gus mencerminkan minimalisme sensual ikonik cara Calvin Klein. Serta  menerusi penampilan yang mengimbangi keberanian dengan kelembutan serta keintiman dengan sentuhan edgy.

calvin klein malaysia

Dirakam dalam gaya Spring 2026 Calvin Klein, Ling Ling Kwong menzahirkan dua ekspresi penggayaan berbeza. Masing-masing meneroka kontras dari segi proporsi, sikap dan keselesaan. Kemeja 90s Horizon digayakan secara lapisan di atas CK Graphic Lightly Lined Bralette dan CK Graphic Hipster. Dipadankan dengan seluar jean Low Rise Baggy untuk penampilan grafik yang effortless. 

Bagi kontras yang lebih lembut dan sesuai untuk musim bunga, Cherry Blossom Triangle Bralette dan Cherry Blossom Bikini digayakan bersama seluar jean Low Rise Baggy Needlepunched CK Tropic. Ia menggabungkan cetakan bunga yang halus dengan denim edgy untuk gaya santai yang penuh karakter.

Bersempena  pelancaran koleksi musim bunga 2026 ini, gaya-gaya baharu kini boleh didapati di butik Calvin Klein dan secara dalam talian di seluruh Asia

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down