Bagi peminat fesyen dan sneakerheads, koleksi FENTY x PUMA kali ini memperkenalkan tiga item eksklusif iaitu Cat Cleat Jelly, Pocket Bag, dan Avanti LS yang direka khas untuk digayakan pada bila-bila masa.
Rekaan Berani Dengan Warna Menyerlah
Koleksi terbaru ini menampilkan warna terang yang ceria dan warna neon yang mencuri perhatian. Kombinasi ini bukan sahaja menambah elemen keseronokan dalam pemakaian harian, tetapi juga melambangkan keberanian dan kebebasan yang merupakan dua elemen penting dalam keunikan aesthetic Rihanna.

Cat Cleat Jelly
Cat Cleat Jelly ialah kasut yang direka khas untuk kegunaan di pantai dan juga untuk digayakan sebagai salah satu sandal kegemaran anda. Dengan rekaan yang lut sinar dan tapak cleat yang unik, ia memberikan keseimbangan antara keselesaan dan gaya.

Pocket Bag
Untuk mereka yang gemarkan bergaya dengan jenis saiz beg yang kecil atau beg mini, Pocket Bag adalah aksesori wajib dimiliki. Saiznya yang kompak tetapi functional memastikan semua keperluan penting dapat dibawa dengan mudah, menjadikannya pilihan sempurna untuk gaya hidup yang aktif.

Avanti LS
Siluet klasik PUMA versi baharu, rekaan kasut Avanti LS ini dihiasi dengan perincian crochet dan jahitan yang halus. Gabungan elemen tradisional dan moden ini mencerminkan gaya yang unik, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk mereka yang ingin menonjolkan keperibadian dalam setiap langkah.

FENTY x PUMA akan tersedia bermula 13 Mac di PUMA.com dan butik PUMA terpilih. Harga bagi koleksi ini adalah antara RM379 – RM579, menjadikannya koleksi eksklusif yang wajib untuk dimiliki.