Sebuah koleksi yang menangkap sensasi kromatik, diterjemahkan melalui siluet menawan, gerakan superficial, dan kilauan cahaya. Palet koleksi terbaharu Emporio Armani didedikasikan kepada rona-rona indah langit musim sejuk kala matahari terbenam seperti ungu lembut, ultraviolet, hijau jed dan kelabu, sementara rona hitam kekal mendominasi keseluruhan koleksi.
Rona-rona sartorial ini dipersembahkan menerusi gabungan reka bentuk penuh nuansa dan palet rona yang berani. Jika dilihat rapi, outerwear seperti jaket, blazer dan sut banyak diperketengahkan menerusi pendekatan kreatif Emporio Armani dalam komitmennya untuk menawarkan pelbagai jenis stail dalam apa jua acara dan majlis.
Setiap fabrik dipilih teliti untuk memperkasakan lagi tema koleksi ini, seperti wool, sutera dan baldu. Apa yang membuatkan kempen terbaharu Emporio Armani ini berjaya juga adalah pada styling setiap persalinan, an Italian touch of finesse - gaya padan aksesori pelengkap gaya seperti topi, skaf leher dan rantai sarat yang memberikan sentuhan glamor tanpa berlebihan.
Aksesori juga diintegrasikan dalam koleksi ini—daripada tas tangan, kasut flat, skaf whimsical dan perhiasan bijoux sebagai sentuhan dekoratif. Kempen 'Night Glow' Emporio Armani meraikan sisi kebebasan sang wanita yang berani untuk menonjol menerusi stail peribadinya.
Juga, tonton video eksplorasi Shalma Ainaa dan Yaya Zahir ke butik Emporio Armani di Pavilion Kuala Lumpur yang kini beralamat baharu.