Langgan

Kasut Cloudtilt: Langkah Bold di Atas Awan

Kolaborasi LOEWE x On menawarkan pelbagai pilihan warna baharu untuk lelaki dan wanita.
2 minit untuk membaca
Published: October 11, 2024
Gambar: Loewe

Loewe (disebut sebagai ‘low-ay-ve’) merupakan jenama terkemuka yang berasal dari Sepanyol, terkenal dengan fesyen mewah serta barangan kulit berkualiti tinggi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jenama di bawah arahan kreatif Jonathan Anderson ini telah berjaya mengadaptasi elemen fesyen kontemporari dengan fokus pada reka bentuk inovatif dan warna-warna bold yang trendy.

Kini, kolaborasi antara Loewe dan On semakin berkembang dengan penampilan rona baharu yang lebih menyerlah dan berani. Kasut Cloudtilt, hasil kerjasama ini menawarkan pengalaman luar biasa melalui kombinasi reka bentuk moden dan teknologi canggih. Ia bukan sahaja meningkatkan prestasi pelari, tetapi juga mengurangkan impak pada kaki pemakai, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mendambakan keselesaan semasa berlari.

Gambar: Loewe

Kasut Cloudtilt menyajikan CloudTec®, yakni teknologi inovatif yang menggabungkan elemen mesra alam, dicipta khas oleh jurutera Switzerland. Teknologi ini menghasilkan tapak kasut yang diperbuat daripada buih ultra-ringan dengan keupayaan rebound yang tinggi, memastikan pendaratan yang lembut dan menyenangkan dengan setiap langkah. Kasut ini diyakini mampu membawa anda berlari lebih jauh dengan langkah selesa seperti berada di atas awan!

Antara ciri khas kasut ini termasuk fabrik mesh poliester yang menggunakan 100% bahan kitar semula, tali yang praktikal, serta reka bentuk sock construction yang memudahkan pemakaian. Logo anagram Loewe dan logo On turut menghiasi sisi kasut tersebut.

Gambar: Loewe

Musim luruh ini menghadirkan pilihan rona yang lebih terang dan menarik: warna dark sand, jingga dan cherry (khusus untuk wanita) serta pilihan warna yang sedia ada iaitu hitam, putih, sand, hijau lime dan hijau khaki (kini tersedia untuk wanita juga).

Bold, selesa dan dilengkapi dengan teknologi terkini, kasut ini pastinya akan meningkatkan prestasi larian anda! Pelancaran terbaru Loewe x On yang menggabungkan kemewahan Sepanyol dengan kejuruteraan Switzerland ini boleh diperoleh di butik atau ‘add to cart’ secara dalam talian.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down