Daripada rutin kopi pagi ke soirée malam nan elegan, ELLE Accessories Collection membawa keanggunan Paris ke setiap perincian wanita moden melalui rangkaian aksesori dan perhiasan kemas terbaharu.

Dalam mempertingkatkan gaya hidup wanita moden hari ini, ELLE terus meluaskan dunia fesyen mereka dengan pelancaran ELLE Accessories Collection yang terbaharu. Dikenali dengan mentakrifkan semula gaya wanita dengan himpunan pakaian, beg tangan dan kasut, ELLE kini terus menyuntik lensa keyakinan dan keaslian melalui rangkaian aksesori dan perhiasan kemas yang direka untuk ekspresi harian buat semua.
Inspirasi diceduk daripada ‘HER’ dengan rekaan yang ringkas, moden dan effortlessly Parisian! Koleksi baharu ini diperkenalkan dengan beberapa siri aksesori hipoalergenik serta perhiasan kemas yang progresif. Setiap satunya direka untuk melengkapi keperluan wanita yang melangkah dengan keyakinan. Daripada mesyuarat pagi sehingga berjalan santai di kota pada hujung minggu.
Pilihan Aksesori Buat Wanita Moden

Rangkaian aksesori ini merangkumi tiga siri yang tersendiri. Koleksi Élodie mengekspresi sisi feminin moden yang muda dan ceria. Twin-E pula memberi pendekatan yang lebih formal, berstruktur dan berani dengan sentuhan sofistikated. Manakala, Classique merupakan koleksi harian malar segar yang direka untuk dipadankan dengan mudah bersama apa jua acara dan waktu.
Selain perhiasan kemas, ELLE Accessories Collection turut merangkumi aksesori pelengkap gaya asas. Antaranya tali pinggang, aksesori rambut serta baret bulu berkualiti tinggi. Direka untuk menyempurnakan gaya peribadi setiap wanita dengan mudah, setiap rekaan aksesori ini dapat menyeimbangkan fungsi dan kemasan. Selari dengan nilai yang paling dihargai oleh wanita masa kini iaitu kepelbagaian fungsi, reka bentuk dan gaya berteraskan identiti.

Daripada topi, subang dan rantai leher hingga tali pinggang, setiap rekaan dikurasi dengan teliti untuk melengkapi gerobok pakaian wanita untuk menonjolkan keunikan diri. Aksesori ini bukan sekadar pelengkap gaya, tetapi mencipta sentuhan akhir kepada kisah gaya setiap wanita.
ELLE Accessories Collection boleh didapati di butik ELLE di Mid Valley Megamall, The Exchange TRX dan Southkey. Juga terletak di Genting Sky Avenue, Bandar Utama dan Sunway Velocity.

