Langgan

Interpretasi Fesyen Resortcore Lokal: Kita&Co

Waktu terus berlalu dan begitu juga dengan trend fesyen. Dengan menggabungkan kemewahan dan kesederhanaan, resortcore menjadi sasaran perhatian bulan ini. Kita&Co adalah antara jenama yang menyempurnakan citra mode ini!
2 minit untuk membaca
Published: December 20, 2024
Koleksi The Capsule
Koleksi The Capsule

Jenama yang diusahakan di bawah naungan Mimpikita, Kita&Co, dicipta sebagai jenama saudara yang berfokuskan gaya hidup yang moden, segar dan inklusif untuk lelaki dan perempuan. Jenama ini berusaha untuk menawarkan pakaian yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, membawa nilai kepraktisan dan estetika yang mudah disesuaikan.

  1. Apakah yang menginspirasikan anda dalam mencipta koleksi ini?

Koleksi The Capsule direka khusus sempena ulang tahun pertama Kita&Co, sebuah momen penting dalam perjalanan jenama ini. Dengan tema ‘WeAreOne’, kami ingin meraikan kesatuan, semangat kebersamaan dan kekuatan komuniti.

Awal dan Scha
Pasangan selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari
  1. Siapakah muse atau figura utama bagi koleksi ini?

Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari! Kita&Co melancarkan kolaborasi yang sangat dinanti-nantikan bersama pasangan selebriti ini sempena ulang tahun pertama. Koleksi Capsule Kita&Co x SchAwal ini bukan sahaja menampilkan elemen fesyen yang penuh gaya, tetapi juga meraikan semangat ekspresi diri, komuniti dan keselesaan. 

  1. Apa fokus utama atau perincian khusus yang anda ingin tonjolkan?

Fokus utama koleksi ini adalah stail streetwear yang bergaya, kami menggunakan bahan berkualiti dengan perincian sulaman yang kemas. Setiap helaian sesuai untuk kedua-dua lelaki dan perempuan. Koleksi ini direka khas untuk mereka yang berani dan berkeyakinan serta ingin menonjolkan identiti unik tersendiri melalui cara berpakaian.

Koleksi The Capsule
Flat lay koleksi The Capsule
  1. Apakah ‘behind the scene story’ yang boleh diceritakan dalam proses penghasilan?

Kita&Co baru setahun jagung, jadi untuk menghasilkan koleksi yang berbeza dari Mimpikita memang mencabar. Saya dan pasukan terperangkap dengan reka bentuk Mimpikita (berasaskan data: kami sudah tahu apa yang boleh dijual dan apa yang tidak) tetapi pada masa yang sama, koleksi ini perlu kelihatan segar dan lebih sesuai untuk golongan muda. Akhirnya, kami mencapai persetujuan dan lahirlah koleksi kapsul Kita&Co x SchAwal.

  1. Apakah matlamat atau impian jangka panjang di masa hadapan?

Diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia, Asia dan insya-Allah, kami berhasrat untuk berkembang ke seluruh dunia.

Seleksi Editor

Kita&Co x SchAwal Capsule Collection

*Baca artikel lengkap menerusi majalah ELLE isu Disember di pasaran. Gambar dari Kita&Co.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down