Langgan

Ilusi Rantau Mesra, Dioriviera Ke Utara & Berlokasi Di Penang 

Dioriviera merantau ke utara, memilih Penang sebagai hentian seterusnya.
3 minit untuk membaca
Published: June 4, 2025
dioriviera

Dambaan bukolik, semula jadi yang bikin rasa lapang bersatu dengan jelajah kembara yang tiada bernoktah. Ilham kuintesens ini menyuasanai Christian Dior untuk koleksi Dioriviera, yang mengumpamakan lamaran Maria Grazia Chiuri untuk kita melimbang jauh dengan tenaga ria.

Bergerak beriringan dengan kehebatan daya cipta pengarah kreatif yang mengubah lambang Toile de Jouy SauvageRentak baharu ini berkompromi dengan kehalusan tafsiran semula motif Dior, dalam garapan rona firus dan merah jambu. Manakala Toile de Jouy Palms menggambarkan perihal subur rimba tropika. Motif cetakan menawan ini meronai sebarisan dress-dress sutera, skirt, blaus serta aksesori, termasuklah sarong, ponco dan tuala. 

dioriviera

Lady D-Lite dan Dior Book Tote menampilkan cetakan signature, lantas mengomposisikan susunan segar dalam wardrobe. Menyempurnakan siluet ini, rangkaian kasut dipersembahkan, mensintesiskan keselesaan dan kemodenan, seperti apa yang terlihat pada mules Dway dan DioractSandal D-Sand hadir dalam tiga saiz berbeza dan digayakan charms istimewaDinamik himpunan ini berlanjutan dengan sniker Dior Lucky dalam olahan feminin dan sifat klasik topi D-Bobby serta Teddy-D yang mencerminkan flora fauna. Barang kemas menawan Dior Cabinet d’Été dihiasi corak haiwan dan beg tangan dihias elok oleh betiari Toile de Juoy Sauvage. 

Menerokai inspirasi Dior ini, keperluan rumah Dior Maison sepertikan mencukupkan koleksi. Hasilan keperluan Dior Maison daripada bahan semula jadi yang mendukung kesantaian gaya hidup. Corak cannage ikonik menghiasi perabot serta tikar pantai, dilengkapi item dekoratif bercorak Toile de Jouy Palms. 

dioriviera

Menggemakan inspirasi ini, koleksi keperluan rumah Dior Maison dihasilkan daripada bahan semula jadi dan memperluas penghormatan kepada gaya hidup santai yang penuh kelembutan. Pilihan perabot dan tikar pantai yang menampilkan corak cannage ikonik hadir bersama pelbagai hadiah dan item hiasan yang diserikan dengan rekaan Toile de Jouy Palms. Antara kejutan yang menawan termasuklah pokok palma seramik hasil kolaborasi bersama Jean Roger, pasu dari Manufacture des Emaux de Longwy yang diasaskan pada 1798, serta balang lilin yang dicat tangan, semuanya memperkayakan dunia unik ini.

Satu rangkaian luar biasa yang bakal ditampilkan mulai April di resort dan kedai pop-up dari Venice ke Marmaris, Bali ke Malaysia. Sebuah odyssey yang bercahaya dan sentiasa berubah, mengagungkan keajaiban sebenar gaya Dior.

Dioriviera tahun ini merantau nun ke utara, memilih Pulau Pinang sebagai lokasi seterusnya - Dioriviera mewajahi pengalaman immersive ini di Macalister Mansion. Di sini, pengunjung-pengunjung akan menikmati taman tropika, menyaksikan barisan himpunan pakaian sedia pakai, aksesori, beg tangan, serta kasut. Sudah tentu, Dioriviera akan melengkapkan pengalaman ini dengan binaan Dior Cafe sebagai tempat persinggahan.

dioriviera

Dioriviera di Macalister Mansion akan Bermuda pada 13 Jun 2025 sehingga 11 Ogos 2025, dari jam 11.00 pago sehingga 9.00 malam. Manakala Dior Cafe akan beroperasi dari jam 10.30 pago sehingga 9.00 malam.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down