Langgan

Gangsa Mewajahi RIMOWA Original, Untuk Perantau Yang Punya Kelas Tertinggi

Istimewa daripada RIMOWA, khusus untuk perantau
2 minit untuk membaca
Published: June 27, 2025

Diimaginasikan semula, diperbaharui dan dipertingkatkan. RIMOWA Original lebih sekadarkan cuma bagasi aluminium, menyenangkan para perantau yang menghargai estetika dan menginginkan hal-hal kembaranya menjadi lebih bermakna. Rona baharu diperkenalkan – RIMOWA Original memunculkan spektrum rona gangsa!

rimowa

Keindahan intrinsik tidak hanya berpangsikan kepraktisan atau kemudahan yang tidak menjelikkan pengembaraan. Bagasi yang diangkut bersama umpama teman seperjalanan, nuansa menjadi lebih bererti bila ia mengepung pemerhati. Melihat betapa cantiknya bagasi tersebut, merantai reaksi sekali gus merenteng runding orang ramai sehingga terbit rasa mahu memilikinya.

RIMOWA Original mengisi kehendak itu dengan memunculkan bagasi dalam rona bronze atau gangsa, yang menjelmakan kecirian mewah dalam dunia pengembaraan. Yang pasti melengkapi stail saat melancong.

rimowa

Rona perang diperkayakan dengan sentuhan emas, jingga serta merah, Original Bronze tersedia dalam tiga saiz berbeza. Yakni saiz Cabin, Check-in L dan Trunk Plus. Seturut dengan apresiasi serta kekaguman terhadap unsur semula jadi, rona gangsa juga sama dihargai atas dasar kepelbagaiannya. Dari aspek penggunaannya pada arca seni agung sehinggalah menjadi signifikan kepada duit syiling. Inspirasi rona gangsa RIMOWA Original Bronze ini bersemi daripada daya ketahanan sesebuah patung arca dan ciptaannya umpama mendukung para perantau untuk menyimpan kenangan pengembaraan dalam gudang ingatan mereka. Lantas, membangkitkan sesuatu cecapan rasa yang berkaitan dengan masa dan tempat.

Secara mudahnya, ia menjambatani kecantikan semula jadi dengan daya tarikan patina, RIMOWA Original Bronze memancarkan kemesraan dan sofistikasi. 

Kemunculan rekaan baharu RIMOWA Original ini mempamerkan komitmen Maison dalam memperhalus ketukangan kraf dengan integrasi teknologi Jerman – daripada pemegang teleskopik tanpa hentian bertahap sehinggalah sistem Multi-Wheel serta sistem pengunci yang diluluskan oleh TSA bagi memastikan keselamatan optimum semasa berpergian. Teknik penganodan unik RIMOWA menyerap pigmen berona terang yang terus menyimbah permukaan aluminium untuk menghasilkan kemasan yang mencerminkan signature Maison. Bahan gangsa ini sangat berkualiti kerana kekuatan serta daya ketahanannya yang sudah sinonim dengan jenama RIMOWA. Lantas, koleksi Original ini menjanjikan jaminan seumur hidup buat para perantau. 

ADVERTISEMENT
Topics:
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down