Langgan

Fesyen Dengan Sukan, Warisan Berbancuh Inovasi – Onitsuka Tiger Menampilkan Projek Galeri Seni ‘Tiger Gallery’

Sebahagian daripada inisiasi Onitsuka Tiger, menampilkan pameran 'FLARE' bersama tiga artis asal Jepun.
2 minit untuk membaca
Published: October 15, 2024

Onitsuka Tiger mengkhayalkan kita pada kesempurnaan masa, ruang serta cahaya yang memelantingkan pandangan dalam dimensi baharu, mencadangkan percanggahan dan kebarangkalian. Menyoroti imbauan kembali pertengahan tahun ini, semuanya bertunas daripada benak fikiran tiga artis asal Jepun – Kengo Kito, Daisuka Oha dan Kohei Nawa – yang pada waktu itu sedang mengkonsepsikan sesebuah pameran dan pada yang sama, terjadinya fenomena aurora segenap dunia. Yang tidak diduga adalah, sebelum fenomena tersebut, mereka (artis-artis ini) pernah menampilkan sebuah pameran yang berjudul Taiyo – bermaksud ‘matahari’. Kebetulan terjadi pula fenomena aurora yang membuahkan ilham.

onitsuka tiger

Seolah-olah sederap melangkah dengan apa yang cuba disampaikan oleh ketiga-tiga artis ini. Tanpa mahu menundakan hasrat, Kohei Nawa menjelmakan idea untuk menamakan pameran yang terbaru sebagai ‘FLARE’, sebagai tanda penghargaan buat fenomena cakerawala itu seraya mengaitkan ia dengan perjalanan kreatif mereka bertiga.  

Kengo Kito, Daisuka Ohba dan Kohei Nawa bersatu biduk dengan Onitsuka Tiger mempersembahkan pameran seni ‘FLARE’ sehingga awal November nanti, membariskan 27 karya seni, termasuklah hasilan seni ikonik Kohei Nawa yakni siri ‘PixCell’ yang menggunakan sniker Onitsuka Tiger. Semua ini dipamerkan di Tiger Gallery™, sebuah galeri yang diinisiasi oleh jenama Onitsuka Tiger. Ini adalah sebahagian daripada matlamat Onitsuka Tiger untuk memperjuangkan penyatuan fesyen dengan semangat kesukanan dan warisan bertemu inovasi. 

onitsuka tiger

Hala tuju ‘FLARE’ adalah mempersembahkan kesepaduan visi yang menerokai kewujudan  di luar jangka serta mempamerkan sesebuah jalinan cerita yang berpusat pada keasalan alam semesta. Instalasi, karya-karya seni seperti lukisan dan arca yang dihasilkan, mencerminkan kedinamikan ruang, masa serta cahaya. Sebagaimana temanya (‘FLARE’), fokus pameran ini memerihalkan fasa berbeza bentuk bundar serta tenaga-tenaga yang seakan-akan tidak ada tentu bentuknya, dalam pemahaman secara tersurat dan tersirat. Seperti karya seni struktur yang mereplikakan rupa orb, objek-objek astronomi, produk-produk yang dikeluarkan secara besar-besaran, ilusi refleksi diri serta pengulangan dan bermacam-macam lagi. Apabila menelusuri sepanjang pamerannya, ia seperti membuka semula ruang pemikiran pengunjung-pengunjung tentang kedudukan mereka sebagai asas yang bersangkut paut dengan bumi. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down