Langgan

Fashion Parade! Gaya-gaya Yang Team ELLE Malaysia Suka Di Anugerah Grammy Ke-67

Gaya Grammys ke-67 yang manakah menjadi pilihan team ELLE pilih?
2 minit untuk membaca
Published: February 3, 2025

Acara anugerah pada bulan Februari dan Mac sudah tentu seperti tidak berselang. Golden Globes baharu sahaja lepas, Academy Awards bakal menyusul. Minggu ini, Grammys ke-67 pula. Bangkit antisipasi si pencinta filem dan muzik yang membuat andaian siapa patut menang. 

grammys
Olivia Rodrigo menggayakan Versace

Melanjutkan bicara fasal Grammys ke-67, acara ini menyaksikan kemenangan di luar sangkaan. Lagu ‘Not Like Us’ daripada Kendrick Lamar menang Song of the Year? Dan ‘Cowboy Carter’ hasilan Beyonce raih Album of the Year? Tuah memihak pada Sabrina Carpenter yang bawa pulang dua anugerah utama. Namun, walau apapun, Beyonce looks amazing. Dia naik ke atas pentas, menerima anugerahnya dalam persalinan rekaan Schiaparelli. Lawa amat, secocok dengan kematangannya yang lebih sedasawarsa dalam industri.

grammys
Beyonce menyarung gaun Schiaparelli (kredit gambar daripada ELLE USA)

Sabrina Carpenter bertukar gaya, daripada gaun berona baby blue di permaidani merah ke gaun penuh kemilau sewaktu menerima anugerah Best Pop Solo Perfomance dan Best Pop Vocal Album. Kejayaan pertama kalinya buat Sabrina, dia umpama mengembalikan imej glamor klasik. Ronanya pula seakan-akan sama dengan gaun Schiaparelli untuk Beyonce… adakah rona ini winning dress? Tidak mustahil. 

Alang-alang, bertunda-tunda berbicara fasal gaun dan gaya di Grammys, nescaya detik-detik fesyen permaidani merah tidak akan tertanggal daripada perhatian kita. Apalagi artis-artis generasi muda yang membuatkan mata kita ‘terpasang’ melihat penampilan permaidani merah mereka. Seperti Chappell Roan yang tidak segan menyarung gaun vintaj tahun 2003 daripada Jean Paul Gaultier, serasi dengan konsep drag persona yang dia mahu bawa. Miley Cyrus pun antara yang tampil cantik, menyarung gaun Saint Laurent Paris dan memperlihatkan sisi edgy-nya. 

grammys
Chappell Roan menggayakan Jean Paul Gaultier & Miley Cyrus menggayakan Saint Laurent

Mendekati editorial team ELLE Malaysia, untuk mengetahui gaya permaidani Grammys ke-67 yang mana mereka suka!

grammys
Kredit gambar daripada ELLE USA

Hafizan Mohd, Pengarah Gaya Hidup & Horologi, “Saya suka gaya gaun baby blue Sabrina Carpenter yang direka oleh JW Anderson. Sangat kena dengan karakter Sabrina yang sentiasa cuba menjelmakan imej the blonde bombshell.”

grammys
Kredit gambar daripada ELLE USA

Amira Azman, Pengarah Kecantikan Bersekutu, “Pilihan saya adalah Gracie Abrams! Dia menyarung rekaan Chanel (Gracie yang kini duta global jenama Chanel) dan segala-galanya nampak sempurna. Daripada penggayaan, sehinggalah solekannya.”

Kredit gambar daripada ELLE USA

Sarah Hani Jamil, Ketua Pengarang “Saya menyukai gaya Doechii. Rekaan berani Thom Browne sesuai dengan imej Doechii dan saya rasa dia adalah ikon fesyen to watch tahun ini!”

Kredit gambar daripada ELLE USA

Mahirah Nadzlim, Pengarah Seni, Of course Lady Gaga in custom Samuel Lewis. Imej dark yang dia tampil benar-benar mencuri perhatian.”

Kredit gambar daripada ELLE USA

Athirah Zahra, Penulis Fesyen, “Charli XCX dalam persalinan Jean Paul Gaultier. Kerana gayanya ekstravaganza, sesuatu yang unik dan berani.” 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down