Langgan

Dior Lantik Jonathan Anderson Sebagai Pengarah Kreatif Sepenuhnya

Au revoir Maria Grazia Chiuri, bonjour Jonathan Anderson
2 minit untuk membaca
Published: June 3, 2025

Selepas dilantik sebagai Pengarah Kreatif Dior Men, Jonathan Anderson juga akan mengetuai kerusi kreatif Dior untuk koleksi wanita, aksesori dan Haute Couture. 

Bulan April lalu, Dior mengumumkan pelantikan Jonathan Anderson sebagai Pengarah Kreatif Dior Men menggantikan Kim Jones. Terbaharu, pereka fesyen asal Northern Ireland ini dilantik sebagai Pengarah Kreatif sepenuhnya untuk rumah fesyen Dior. Dia akan mengetuai kerusi kreatif Dior untuk koleksi wanita, lelaki, aksesori dan Haute Couture. 

Berita ini diumumkan selepas Dior mengumumkan pengunduran Maria Grazia Chiuri daripada Dior selepas sembilan tahun. Pereka fesyen dari Itali itu telah mementaskan koleksi terakhirnya iaitu Cruise 2026 di Rome pada Mei lalu. Maria merupakan satu-satunya wanita yang pernah menjadi Pengarah Kreatif Dior sehingga hari ini. 

Pereka Fesyen Pertama Sejak Mr. Christian Dior

Pelantikan Jonathan Anderson ini juga mencipta sejarah tersendiri. Buat pertama kali sejak Monsieur Christian Dior sendiri, pereka fesyen berusia 40 tahun itu akan mengetuai kerusi kreatif Dior sepenuhnya. Tanggung jawab baharu ini akan menyaksikan dia perlu menghasilkan 10 koleksi dalam satu tahun. Dan, ini tidak termasuk koleksi kapsul, pameran atau kolaborasi lain. 

Tetapi, bakat milik pereka fesyen United Kingdom ini tidak perlu disangkal lagi. Selepas menjadi Pengarah Kreatif Loewe, dia telah berjaya menaikkan nama Loewe sebaris dengan rumah-rumah fesyen yang lain. Setiap kali pementasan koleksi terbaharu pasti akan mencuri perhatian pengkritik dan peminat fesyen dari seluruh dunia. Tidak dilupakan, label JW Anderson yang turut dibawah naungannya. 

Jonathan Anderson akan membuat debut sebagai Pengarah Kreatif Dior tidak lama lagi. Bersempena Minggu Fesyen Menswear, dia akan mempersembahkan koleksi Dior Men Summer 2026 di kota Paris pada 27 Jun 2025. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down