Langgan

'Denivita' Hurai Tentang Denim + Hidup, Mengikut Kamus Onitsuka Tiger

Memperkenalkan revolusi denim daripada Onitsuka Tiger
1 minit untuk membaca
Published: January 27, 2025

Beralaskan nama siri ‘Denivita’, Onitsuka Tiger umpama menjadi perencana yang mengajak orang untuk mencari katarsis dan kecap keenakan hidup, menerusi penggayaan helaian-helaian denim. Rangkaian-rangkaian denim yang menghidangkan sebarisan rona-rona vibrant dan mencerminkan falsafah Onitsuka Tiger yang menghasratkan keriaan terbenam dalam jiwa pemakai-pemakainya. 

onitsuka tiger

Himpunan ini mula ditampilkan di atas pentas musim bunga/panas 2025 dan Onitsuka Tiger mencipta nama ‘Denivita’ yang sepertikan memaknakan sebuah akronim daripada perkataan ‘denim’ dan ‘vita’ – perkataan bahasa Itali yang bererti hidup. Siri rangkaian ini memfokuskan kepada denim buatan Jepun yang berkualiti tinggi, menampilkan rona-rona ikonik serta craftsmanship yang merobah momen-momen harian kepada aspek yang jauh lebih istimewa. 

onitsuka tiger

‘Denivita’ menegaskan kualiti pada fabrik denim buatan Jepun. Proses pencelupan rona khas pada fabrik juga digarap untuk mencerminkan esen Onitsuka Tiger. Pelbagai siluet denim diperkenalkan, contohnya seluar berpotongan straight dan berkaki wide, skirt dan jaket. Sudah tentu Onitsuka Tiger tidak mengabaikan rona yang paling sinonim, yakni rona kuning – yang terolah menerusi proses pelunturan biru indigo kepada celupan rona kuning. Menjentik pandangan kita tentang kejelasan Onitsuka Tiger untuk meneguhkan sifat distingtif pada himpunan ini. 

Selain denim, siri ‘Denivita’ juga menampilkan rangkaian pakaian sedia pakai yang menjelmakan keindividuan. Seperti baju-baju panas serta kemeja T dengan butiran cetakan yang dihasilkan secara teliti oleh artisan-artisan Jepun, menggarap ia menerusi proses double printing. Proses ini menambah ketebalan serta keketaraan kualiti cetakan, menjelmakan efek tiga dimensi dalam rekaan-rekaannya. Barisan rangkaian ‘Denivita’ turut tersedia item-item dua-dalam-satu yang menggabungkan sheer dengan fabrik rib-knit, berserta baju panas kaitan lembut. Kesemuanya direka untuk mereplikakan tekstur atau jalinan denim, lantas berkeupayaan mengolah penggayaan yang versatil daripada rupa kasual ke elegan. 

Antara helaian-helaian pilihan editorial daripada koleksi 'Denivita'

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down