Langgan

Runway Recap: Di Ambang Alam Fantasi Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026

Dengan dunia dongeng sebagai titik permulaan, Matthieu Blazy mempersembahkan koleksi Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026 yang mengangkat imaginasi dan warisan maison dalam naratif yang moden.
3 minit untuk membaca
Published: July 13, 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026

Jemputan Ekslusif

Antara bungkusan pertama yang menanti saya sebaik tiba di hotel di Paris datangnya daripada Chanel. Sejak mengambil alih arah kreatif rumah fesyen itu, Matthieu Blazy menjadikan setiap jemputan pertunjukan sebagai sebahagian daripada pengalaman couture itu sendiri, sebuah cenderamata yang ingin disimpan. Musim ini, jemputannya hadir dalam bentuk rantai perak dengan loket mini berbentuk buku yang terukir ungkapan "Once Upon a Time", lengkap bersama butiran pertunjukan. Ia menjadi petunjuk halus kepada naratif yang bakal terungkap di Grand Palais. Malah sebelum model pertama melangkah ke pentas, Matthieu sudah pun membawa para tetamu menelusuri dunia dongeng Chanel yang romantis.

Chanel Haute Couture
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026

Ruang Pertunjukan

Grand Palais sememangnya tidak asing sebagai pentas kepada pelbagai detik bersejarah Chanel. Namun musim ini, pertunjukan berlangsung di sebuah dewan yang lebih intim, diubah menjadi sebuah dunia fantasi yang terasa nyata. Sebaik melangkah masuk, ia seolah-olah membawa tetamu ke sebuah taman khayalan yang subur dan berwarna-warni dipenuhi sulur-sulur menjalar, bunga-bungaan bersaiz gergasi dan dedaunan liar yang melembutkan kemegahan seni bina dewan bersejarah itu. Segalanya bermula dengan sebuah buku kecil yang ditemui Matthieu Blazy di perpustakaan peribadi Gabrielle Chanel, ‘Les Fées, Contes des Contes’ yang bermaksud Tales of the Fairies.

"Saya mula tertanya-tanya, adakah kehidupan Gabrielle Chanel ibarat sebuah kisah dongeng? Saya menemui sebuah buku kecil di perpustakaannya lalu bertanya kepada diri sendiri sama ada, bersama atelier Haute Couture, kami mampu menghasilkan busana yang bercerita seperti sebuah buku,” jelas Matthieu Blazy. Daripada penemuan itulah lahir sebuah koleksi yang menghidupkan dunia dongeng sambil membuktikan bahawa haute couture juga mampu menjadi medium penceritaan melalui ketelitian seni pertukangan dan imaginasi dan bukan semata-mata fantasi.

Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026

Naratif Busana

Tatkala lampu dewan mula malap, dunia dongeng yang diisyaratkan menerusi jemputan akhirnya terbentang di hadapan mata. Namun, Matthieu Blazy tidak menterjemahkannya secara literal. Sebaliknya, dia  menyelitkan elemen-elemen dongeng secara halus ke dalam setiap helaian busana. Look pembukaan memperlihatkan sut skirt tweed yang diolah semula dalam sutera mousseline lut sinar dan bayangan halus bra yang sengaja dibiarkan terserlah. Ringan dan begitu segar, ia menjadi gambaran jelas bagaimana Matthieu menghormati kod-kod klasik Chanel sambil memberikan nafas baharu.

Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture Musim Luruh/Dingin 2026
Chanel Haute Couture
Chanel Haute Couture
Chanel Haute Couture
Chanel Haute Couture
Chanel Haute Couture
Chanel Haute Couture
Chanel Haute Couture
Chanel Haute Couture
Chanel Haute Couture

Sepanjang pertunjukan, bunga-bungaan seolah-olah mekar daripada setiap helaian busana, dihiasi sulaman labuci yang berkilauan dan aplikasi bertekstur yang cukup teliti. Rona pastel seperti biru lembut, kuning mentega dan merah jambu koral menyuntik kelembutan pada koleksi, sementara tweed tanda tangan Chanel kembali dalam siluet yang lebih panjang, ditenun bersama kilauan labuci halus dan disempurnakan dengan butang menyerupai permata.

Perincian kecil pula menjadi kejutan yang paling menyeronokkan. Sulur-sulur menjalar menghiasi tumit kasut, minaudière tampil dalam bentuk beruang manakala butang berubah daripada anak itik kepada angsa. Keindahannya tidak terus terserlah pada pandangan pertama, sebaliknya mengundang mata untuk terus memerhati. Lapisan dalam sutera dilukis sepenuhnya dengan tangan, sulaman seolah-olah menyatu dengan helaian fabrik lut sinar, manakala material yang biasa ditemui diangkat ke tahap Haute Couture menerusi ketelitian yang luar biasa.

Sebagai penutup, Matthieu memilih untuk meninggalkan tradisi Couture Bride Chanel. Sebaliknya, sebagai ganti, muncul gaun kolum hitam yang jatuh kemas mengikut tubuh, membentuk siluet panjang yang ringkas namun begitu anggun. Satu-satunya hiasan terletak pada garis leher dihiasi kemasan menyerupai helaian bulu hitam yang membentuk bingkai organik. Ia merupakan pengakhiran yang tenang tetapi bermakna, merumuskan visi Matthieu bahawa haute couture tidak perlu melarikan diri daripada realiti. Sebaliknya, ia mempunyai keupayaan mengangkat sesuatu yang biasa menjadi luar biasa.

Tetamu Istimewa

Barisan hadapan turut mencerminkan semangat koleksi ini. Tilda Swinton, Lupita Nyong'o, Pedro Pascal, Teyana Taylor, Sarah Pidgeon serta kebanggaan Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Michelle Yeoh, hadir dalam persalinan Chanel yang menyerlahkan gaya peribadi masing-masing, sambil membiarkan busana di pentas terus menjadi tumpuan utama.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down