Langgan

CELINE dan 3 Mesti Ada Musim Holiday Ini

Tiga item mesti ada musim holiday ini bersama CELINE.
2 minit untuk membaca
Published: December 11, 2025

Menggarisbawahi kurasi aksesori yang punya penimbaan mutu kontemporari dengan ertian distingtif. Menggambarkan eskapisme gaya musim bunga 2026 – CELINE Soft Triomphe dalam esen attitude baharu, kebebasan pelahiran maksud CELINE Charms dan skaf leher yang mengundang tatapan. 

celine

Ekoran daripada himpunan terdahulu, CELINE mencakup erat esensi Parisian dan ragam preppy. Musim bunga panas 2026 menirus kepada selintas masa jeda yang perlahan. Kelanjutan yang tidak berhujung dan ada kontinuiti dalam penceritaan himpunan rekaan ini menjadi naratif Michael Rider. Dan Michael tidak mengesampingkan kod-kod yang terkait dengan rumah fesyen ini. 

Soft Triomphe

celine

Terciptanya beg tangan CELINE Soft Triomphe yang mula diperkenalkan di atas pentas musim bunga 2026, mendekapkan kita kepada gagasan beg kegunaan harian, siluet yang smooth dan disempurnakan oleh penutup beg magnetik. Landskap penggayaan Soft Triomphe yang diperbuat daripada kulit anak kambing ini menerbitkan semangat kontemporari, mengahwinkan sifat lembut dan structure untuk melengkapkan bentuknya yang curving. Konstruksi beg ini juga kekal ringan dengan kemasan peka sentuh, lantas membangunkan citra kelembutan. Lambang bahagian penutup beg Triomphe dikecilkan, malah diringkaskan dan berpadu secara halus bagi menggambarkan tafsiran baharu. 

CELINE Charms

celine

Ekspresi kendiri atau bertalian erat dengan emosi? Barangkali memumpun komuniti sendiri? CELINE menyelami ketaasuban generasi kini terhadap charms, menampilkan CELINE Charms sebagai aksesori mesti milik musim ini. CELINE Charms memudarkan sempadan tradisi tak usang dek zaman dengan kemodenan. Ditampilkan dalam penggayaan layerings di atas pentas, ia sejelas-jelasnya memperlihatkan citra ekspresi peribadi. Setiap charm umpama ideogram simbolik buat si pemakai. Hiasan loketnya pula boleh diselaraskan gayanya bersama gelang gourmet atau gelang besar, mencadangkan aspek versatility charms tersebut. 

Skaf Sutera

Sederap melangkah dengan apresiasi warisan yang signifikan buat CELINE. Skaf sutera mengubah bentuk helaian tradisional empat sudutnya menjadi satu medium penceritaan gemblengan beberapa elemen – diperbuat daripada sutera twill, dipilih kerana mutu olahan weave yang begitu terperinci serta drape yang menyerlahkan ‘kedalaman’ ronanya. Skaf sutera ini cukup versatil dan setiap motifnya menggambarkan kelanjutan visual ekspresi Maison yang sentiasa berkembang. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down