Siapa di sini pernah menyelongkar almari sambil terfikir, “I have nothing to wear”? ELLE faham sangat pergelutan itu kerana ini adalah dilema universal. Bukan anda seorang sahaja yang memiliki segunung pakaian tetapi tetap rasa tiada apa yang sesuai untuk dipakai. Jawapannya? Busana kapsul atau capsule wardrobe yang menawarkan solusi praktikal dan bergaya untuk masalah ini.
Gelombang fesyen mampan telah mencetuskan satu trend yang kini menjadi sensasi. Apa yang ELLE gemar tentang memiliki koleksi baju kapsul ialah keupayaannya memanjangkan hayat pakaian. Setiap helaian boleh digayakan semula dan dipadankan dengan sentuhan kecil yang memberi impak besar.
"In this economy!"
Dengan adanya busana kapsul, anda boleh ucap selamat tinggal kepada baju berkualiti rendah! Trend ini melahirkan rasa berwaspada dengan apa yang dibeli. Pengguna trend ini merujuk kepada kepingan fesyen yang berkualiti tinggi kerana inginkan baju yang lebih tahan lama. Contohnya, kain bersumberkan polyester tidak sesuai digunakan kerana jangka hayatnya yang pendek. Kain berkualiti tinggi seperti kapas dan linen lebih diutamakan. Ini membuktikan bahawa trend ini juga bijak menjimat kos dalam jangka masa panjang. Tidak perlu lagi beli banyak-banyak baju!
Fokus kepada penggayaan, bukan pakaian
Trend busana kapsul yang cukup bijak ini mengalihkan fokus daripada kepingan pakaian kepada penggayaan. Dengan menggunakan pakaian yang sudah sedia ada di almari pakaian anda, busana kapsul mengoles seni mix and match dalam pemakaian harian. Busana kapsul bermain dengan efek siluet, lapisan dan tekstur. Ini menggalakkan pengguna menjadi lebih bijak dan kreatif dalam membeli pakaian.
Kepingan fesyen yang timeless
Fabrik yang digunakan untuk busana kapsul adalah fabrik yang sesuai digunakan untuk setiap musim pada setiap masa. Ini adalah antara satu-satunya trend fesyen yang tidak tertelan dek zaman. Fesyen kini adalah lebih bijak, tahan lama dan kekal. Here for a fun time and a long time!

Penggunaan aplikasi almari digital
Cetusnya aplikasi almari digital yang menjadikan proses campur dan padan pakaian lebih mudah. Lihat sahaja contoh seperti aplikasi Whering! Digelar sebagai Almari Sosial Terbesar Dunia, aplikasi ini dapat digunakan sebagai alat bantuan visual tatkala kemelut pakaian melanda. Yang seronoknya, Whering juga adalah aplikasi sosial dimana anda boleh memilih pakaian untuk orang lain dan vice versa. Outfit kini boleh dipilih tanpa perlu mencuba baju. Masa pun sangat jimat. Hebat bukan?