Langgan

Aksesori Bermotifkan Ular Sempena Tahun Baru Cina 2025

Tampil on-point Tahun Baru Cina ini dengan aksesori terkini jenama-jenama mewah.
2 minit untuk membaca
Published: January 14, 2025

Raikan Tahun Baru Cina dengan item fesyen koleksi kapsul eksklusif untuk penampilan lebih bergaya sempena musim perayaan yang bąkał tiba hujung bulan ini. Kebanyakkan aksesori fesyen mengetengahkan nuansa rona merah yang dikatakan akan memberi tuah serta motif ular yang menjadi zodiak kalendar Cina untuk tahun 2025.

ELLE kongsikan senarai aksesori mesti ada untuk Tahun Baru Cina bersama anda, kerana musim perayaan hanya menjelang setahun sekali. Jadi tak salah jika berbelanja lebih sedikit, kan?

Pouch Syiling Loewe

Zodiak ular yang menjadi simbol kelahiran semula, kekuatan dan kesuburan dalam astrologi Cina menjadi fokus utama aksesori pouch syiling Loewe, cukup sempurna dengan DNA jenama ini yang quirky dan playful. Rona hijau juga jadikan aksesori fesyen ini tampak trendy dan current.

Jumper Motif Ular Giorgio Armani

Jika stail peribadi anda lebih kasual, tapi masih mahu tampil bergaya apabila pergi berkunjung ke rumah sanak saudara musim perayaan nanti, jumper cool daripada Giorgio Armani ini pilihan yang cukup menarik. Semangat Tahun Baru Cina masih terpampang dengan corak ular di bahagian hadapan baju.

Rantai Loket Ular Swarovski

Jika anda mencarikan aksesori bertemakan bentuk ular, rantai loket ular daripada Swarovski ini adalah pilihan yang sempurna. Ia melengkapi persalinan anda menjadi lebih wow dan menangkap perhatian sesiapa yang memandang. Menariknya, aksesori ini juga hadir dalam pilihan subang motif ular juga.

Beg Wander Matelassé Miu Miu

Elemen nuansa merah dalam persalinan Tahun Baru Cina bukan sahaja terhad kepada pakaian, tapi boleh disuntikkan pada beg juga. Konstruksi rekaan beg yang unik dan saiz yang sederhana daripada Miu Miu ini melengkapi busana cheongsam pemikat hati.

Cermin Mata Hitam Prada

Mengapa tidak tingkatkan gaya dengan cermin mata hitam Prada, yang bukan sahaja terhad untuk musim perayaan, malah boleh digayakan pada bila-bila masa. Girl math!

Kasut Tinggi Bejeweled Christian Louboutin

Tiada yang minimal dengan kasut tinggi istimewa daripada Christian Louboutin ini. Corak satin buatkan ia kelihatan seperti kulit ular eksotik tapi masih mewah dengan perincian batu Swarovski di serata permukaan kasut.

Kredit gambar utama: Miu Miu

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down