Untuk tahun kedua, adidas kembali September ini untuk mengembangkan pengalaman bersukan dengan tawaran eksklusif buat ahli adiClub, serta mengadakan event khas adiClub Summer of Sport untuk ahlinya 21 September yang lepas di The Courts, KLGCC. Acara yang sarat dengan aktiviti sukan dimulakan dengan larian komuniti oleh adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL), dan adiClub Summer of Sport juga merangkumi tiga sesi; pickleball, padel, spin, dan yoga untuk meningkatkan kecergasan bersama-sama.
Malam diakhiri dengan acara afterparty yang menampilkan set DJ oleh MJ (@mjisvicious), lengkap dengan stesen customisation Made For You, di mana ahli-ahli boleh memilih tali dan charm untuk kasut adidas mereka.
TAWARAN ADICLUB DAYS
Menangi Pas Pro adiClub
Seiring dengan adiClub Days, yang dijalankan dari 19 September hingga 2 Oktober ini, ahli yang berbelanja minimum RM499 di kedai terpilih atau secara online boleh mendaftar dan menjawab satu soalan untuk berpeluang memenangi adiClub Pro Pass. Ahli yang bertuah akan dapat menggunakan Pro Pass mereka untuk menebus pakaian bernilai sehingga RM700 setiap bulan selama enam bulan akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Instagram @adidasmy.
Hadiah dengan Pembelian
Antara 25 September hingga 2 Oktober, ahli yang berbelanja minimum RM499 boleh menebus diffuser kereta percuma dan baucer bernilai 20% apabila membeli-belah di kedai adidas terpilih ATAU topi percuma apabila membeli-belah secara online. Terma dan syarat dikenakan.