Langgan

Kronologi Masa Rolex Kini Dibukukan

Rolex mengemudi warisan dan sejarah dalam sebuah wacana yang dibukukan
1 minit untuk membaca
Published: October 3, 2024

KRONOLOGI MASA Jenama jam tangan Swiss, Rolex baru-baru ini bekerjasama dengan rumah penerbitan Wallpaper* bagi menerbitkan sebuah buku yang membawa pembaca dengan sejarah kegemilangan Oyster Perpetual Submariner. Buku setebal 252 muka surat ini diedarkan September lalu menjadi naskhah pertama seumpamanya yang membawa naratif kehalusan seni jam tangan Rolex.

Pengarah Komunikasi & Imej di Rolex iaitu Arnaud Boetsch berkata“Kami berbangga buat pertama kalinya menerbitkan buku Oyster Perpetual Submariner. Penghasilan buku ini adalah sebagai salah satu penghargaan terhadap warisan serta sejarah yang ditulis dengan pencderitaan yang alurnya begitu baik. Kolaborasi bersama Wallpaper* sebagai penerbit buku ini adalah sesuatu yang bertepatan."

Buku ini ditulis oleh Nicholas Faulkes yang cukup dikenali dengan tulisan tajamnya akan dunia horologi. Sudah menulis lebih empat puluh buah buku yang rata-ratanya tentang jam tangan sebagai subjek utamanya. "Rolex tidak sekadar jenama jam tangan tetapi ia juga bergerak sebagai satu gerakan global yang cukup signifikan." Menurut Nicholas saat ditanya tentang penghasilan buku ini.

Dia turut menambah "Sebagai seorang ahli sejarah yang cukup menggemari kehalusan pembuatan jam tangan saya bangga dundang sebagai penulis buku ini." Buku ini sudah mula boleh dibeli bermula 1 Oktober lalu dan diterbitkan dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Perancis.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down