Langgan

Inspirasi Dunia Ketenteraan Panerai

Ilham ketenteraan dalam horologi
1 minit untuk membaca
Published: April 25, 2025

Submersible Chrono Marina Militare Experience Edition PAM016199 menjadi pengenalan baru Panerai yang mengambil inspirasi dunia ketenteraan laut Itali iaitu pasukan Aviazione Navale. Edisi yang cukup eksklusif ini meneruskan legasi Paerai sebagai peneraju penghasilan jam tangan untuk hero moden.

Dihasilkan terhad dengan penghasilan hanya sebanyak 35 unit sahaja, pencinta jenama Panerai dijemput dalam satu pengalaman selama tiga hari di Grottagile, Puhlia. Di sini mereka akan mempelajari disiplin Military Corps dan melibatkan diri dalam latihan ketenteraan yang menjadi satu pengalaman baru dunia pengguna. Apa yang ditawarkan adalah satu pengalaman sekali seumur hidup yang tidak dirasai ramai orang.

DIREKA DENGAN KETAHANAN

Panerai PAM01699 menampilkan bekas bersaiz 47mm yang diintegrasi dengan Grade 5 Titanium dan bezel titanium yang disulam penuh misteri dalam rona hitamnya. Dail hijau dengan biasa hitam dikemaskan dengan Marina Militare signature pada jarum waktu 6. Ia diinspirasikan perkakasan Aviazione Navale seperti helmet dan flight gear.

Grey Super-LumiNova® mengambil inspirasi warna kapal udara Aviazione Navale dengan elemen seperti sauh Aviazione Navale yang disulam. Gelanng tali kanvas dengan jahitan T/T memberikan daya tahan yang sama dengan apa yang ada pada uniform tentera.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down