Langgan

Rai Perayaan, Mengharmonikan Fesyen Bulan Eid Dalam Interpretasi Chic

'Eid, So Chic' - Lembaran fesyen Februari, bersempena sebulan penuh keriangan
2 minit untuk membaca
Published: February 23, 2025

Ini adalah sebuah cereka stail yang berharmoni dengan kebeningan Eid, yang menembusi suasana perayaan dan searah dengan ciptaan imaginatif – metamorfosis imej, ubah peri dan kebiasaan. Cetus kelainan.

Mempersembahkan lembaran fesyen bulan Februari 2025!

eid

Regal Raya
Kepedulian imej yang kelihatan regal dan mewah terpancar jelas menerusi helaian Eid fabrik baldu berupa rekaan asimetri, berserta perincian manik. 

Baju kurung daripada Rizman Ruzaini. Subang telinga, daripada Swarovski

eid

Bayangan Hipi
Teras gaya hipi, eksentrik beriringan dengan rona terang bertenaga menyerlahkan penampilan. Luar biasa gaya kala menyambut Eid.

Turban, rantai, subang telinga dan dress, kesemuanya daripada Valentino

eid

Adat Klasik
Citra klasik selazimnya takkan pernah terbias daripada musim Raya. Mengekalkan siluet klasik, namun dalam rona lembut mencadangkan pilihan gaya yang sempurna.

Baju kurung daripada Zaimi Zulkifli. Subang telinga daripada Swarovksi

eid

Jadi Distingtif
Keberanian mengubah gaya, agar tidaklah nampak sama. Kombinasi anggun renda klasik dengan hiasan kepala seakan-akan mencipta fenomena fesyen baharu!

Dress daripada Self Portrait. Kasut daripada Valentino. Topi dan subang telinga milik penata gaya

Seni Maghribi
Ilham abaya Timur Tengah bagai cocok benar dengan atmosfera Raya, apalagi berpadanan dengan keselesaan hawa tropika kita. 

Jubah daripada Max Mara. Kasut daripada Manolo Blahnik. Topi dan subang telinga milik penata gaya

eid

Musim Bunga
Lembut. Simbol ketara gaya feminin. Yang sememangnya berjalinan sempurna dengan tema beraya, menyarung helaian penuh corak bunga.

Baju kurung daripada Whimsigirl. Subang telinga milik penata gaya

Fresh Perspective
Jangan takut pada siluet moden kala beraya! Kebangkitan citra moden berbancuh lembut, mendatangkan mesra pada penampilan bak kesuma muda. 

Baju kurung daripada Hanya X Ezzati Amira. Subang telinga dan gelang tangan daripada Swarovski

Ratu Kebaya
Berkebaya mencorakkan sifat tradisional dan simbol kod Eid sejati. Lebih-lebih lagi tersisip elemen-elemen feminin. Barangkali, membarui ia dengan padanan aksesori moden?

Kebaya daripada Maslea. Subang telinga milik penata gaya

Romantik Raya
Berkemeja lembut yang sarat curahan corak polka dot bersama skirt tekstur flora mencerminkan gaya kasual Raya. Berani berpapasan arus dengan imej lazim.

Kemeja dan skirt daripada kate spade new York. Subang telinga, gelang tangan dan cincin daripada Chaumet

Poetic and Calm
Pilihan ekawarna dengan perincian sulaman manik memberikan gambaran lembut dalam penampilan beraya. 

Dress daripada Fendi. Subang telinga, rantai dan gelang tangan daripada Chaumet

Get Loud
Gabung padan corak geometri dengan botani terbeleduh pada penggayaan, menterjemahkan serikandi fesyen yang tak gentar citra maksima.

Jaket, dress dan kasut daripada Longchamp. Subang telinga daripada kate spade new York. Turban milik penata gaya

Inovasi Raya
Kain pelangi sebagai kelubung untuk bermain dengan nada gaya kasual. Mempersonifikasikan semangat Eid.

Dress daripada Allsaints. Kain selendang daripada Zaimi Zulkifli. Subang telinga dan rantai daripada Chaumet

Pengarang Pengurusan & Penataan Gaya : Ardi Idewani | Pembantu Penyelaras : Athirah Zahra & Hafizan Mohd | Arahan Seni : Iera Nadzlim | Fotografi : Bibo Aswan | Pembantu Studio : Amirul Irfan | Solekan : Khir Khalid | Dandanan : Cody Chua | Model : Kongzii (Attitude Models) | Lokasi : Rumah Pekebun Kecil, Taman Warisan Putrajaya

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down