Langgan

Raikan Semangat 'EIDisi Manis' di Sunway Pyramid

Teroka kemeriahan musim perayaan di Sunway Pyramid!
2 minit untuk membaca
Published: March 14, 2025

Sambut kemeriahan musim perayaan kali ini di Sunway Pyramid dengan festival Raya ‘EIDisi Manis’ yang mengambil inspirasi daripada kuih-muih tradisional kepada dekorasi meriah yang menghiasi setiap pelosok pusat membeli-belah ini yang pastinya membangkit nostalgia. Seperti kemanisan kuih-muih, elemen ini cuba diperketengahkan oleh Sunway Pyramid untuk mengingatkan kita memori termanis menyambut Hari Raya bersama insan yang tersayang.

EIDisi Manis di Sunway Pyramid

Tapi bukan itu sahaja, Sunway Pyramid adalah destinasi sehenti untuk semua keperluan Raya anda! Mulakan dengan membeli baju Raya terkini di AURI dan Rimba, selepas itu singgah ke SEPHORA untuk membeli keperluan kosmetik anda, dan berbuka puasa di Supamala, Dandy atau bermacam lagi.

Sunway Pyramid juga bekerjasama dengan jenama tempatan untuk menyediakan tawaran baharu untuk waktu terhad, termasuklah aksesori buatan tangan yang comel yang mengambil inspirasi daripada makanan serta snek zaman kanak-kanak yang mengimbau kenangan.

Untuk menjadikan pengalaman membeli-belah anda di Sunway Pyramid lebih menyeronokkan lagi, jangan lepaskan untuk memenangi hadiah menarik dan nikmati ganjaran eksklusif bernilai lebih RM600,000!

Ganjaran & Syarat Perbelanjaan

TawaranCara Untuk Sertai
Paket Manis Raya Belanja RM350 dan ke atas dalam maksimum 2 resit (RM250 untuk Pemegang Kad HSBC)
Tiffin Manis RayaBelanja RM1,500 dan ke atas dengan maksimum 3 resit (RM1,400 untuk Pemegang Kad HSBC)
Ganjaran Perbelanja Tertinggi - Set Hadiah RAYA Produk Shu Uemura bernilai lebih RM1,000!15 pembelanja teratas sepanjang kempen

Menebus mana-mana tawaran ini melayakkan anda untuk menyertai Cabutan Bertuah EIDisi di seluruh Sunway Malls, di mana anda berpeluang untuk memenangi sebuah kereta baharu!

Selain daripada kemeriahan musim perayaan, ia juga merupakan waktu untuk memberi kembali. Tahun ini, Sunway Pyramid mengambil inisiatif CSR untuk membantu keluarga yang memerlukan menerusi:

  • Bekerjasama dengan KitaRefill dan Hometoomuch untuk memberikan bantuan penting kepada keluarga yang memerlukan
  • Berkolaborasi dengan SJ Echo – platform berita komuniti Subang Jaya – dan ADUN Subang Jaya untuk memperkasa impak komuniti
  • Menyumbang RM1 untuk setiap produk yang dijual di gerai amal

Jadi, pastikan anda datang singgah ke Sunway Pyramid untuk menikmati gabungan estetika moden dengan cita rasa klasik, serta terkesima dengan pengalaman musim perayaan yang dibawakan oleh Sunway Malls tahun ini.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down