Homemade face mask adalah salah satu cara yang mudah dan jimat untuk merawat kulit anda. Setiap jenis mask mempunyai manfaat yang berbeza bergantung pada bahan-bahan yang digunakan. Ini adalah beberapa jenis homemade face mask yang boleh dicuba mengikut jenis kulit anda.
Mask Untuk Kulit Kering
Jika anda miliki jenis kulit yang kering, jadi gunakan bahan-bahan yang melembapkan seperti madu, minyak zaitun dan lain-lain. Campurkan madu dan minyak zaitun sehingga sebati dan sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum bilas dengan air suam untuk mendapatkan kulit yang hidrasi dan lembap.

Mask Untuk Kulit Berminyak
Untuk masalah kulit berminyak, ia memerlukan jenis face mask yang dapat mengawal pengeluaran minyak dan membantu mengecilkan pori-pori. Gunakan bahan seperti aloe vera, lemon dan madu untuk membentuk pes yang pekat dan sapukan pada muka selama 10 hingga 15 minit sehingga mendapat keputusan kulit yang lebih segar!

Mask Untuk Kulit Sensitif
Penjagaan untuk kulit sensitif agak sukar dengan bahan yang mempunyai terlalu banyak merkuri, jenis kulit ini memerlukan tekstur mask yang lembut dan tidak menggunakan bahan yang terlalu banyak. Oat, lidah buaya, dan susu adalah bahan yang terbaik untuk mengelakkan kulit sensitif mudah iritasi atau kemerahan.
@khutjo.matsoma My skin has been loving these DIY Masks lately!🤭. The combination of oats and milk gently exfoliates the skin, removing dead cells and unclogging pores, which helps prevent breakouts and leaves the skin feeling smooth and refreshed.✨Oats have anti-inflammatory properties that soothe irritation, redness, and conditions like acne and eczema, while milk’s lactic acid moisturizes, softens, and brightens the skin, enhancing its overall texture and appearance. I’ve been using it for the past two weeks and slowly I’m getting an even skin tone🤍
♬ DJ SUAVE x DifferentAttention. - thedjsuave_
Mask Untuk Kulit Berjerawat
Jerawat terjadi disebabkan oleh bakteria, pengeluaran minyak berlebihan, dan sel kulit mati yang menyumbat pori-pori. Salah satu mask yang berkesan adalah dengan menggunakan flax seed yang direbus atau direndam di dalam air panas dan biarkan semalaman untuk mendapatkan tekstur yang pejal sebelum di sapu pada muka. Flax seed mask dapat membantu menyembuhkan jerawat dengan lebih cepat.
@alexisdimaya Its just water and flax seed #flaxseedmask #botoxathome #clearskin #glowyskin #koreanskincare #relatable #acnetreatment ♬ original sound - alexis dimaya
Mask Untuk Anti Penuaan
Untuk mencegah tanda-tanda penuaan dan kedutan, mask dengan bahan seperti telur, minyak kelapa adalah terbaik kerana ianya kaya dengan protein dan antioksidan. Anda juga boleh mencuba campuran telur dan serbuk matcha untuk mendapatkan kelembapan, membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan garis-garis halus.
@selinadasilvaa natural DIY anti-aging face mask 💚🤭✨ matcha & egg in combination is the best for firming your skin & reversing wrinkles + fine lines✨ #diy #skintok #homeremedy #matcha #matchamask #fyp #glassskin #koreanskincare #skincaretips ♬ original sound - habz.fx