Langgan

Tip & Aplikasi Online Shopping di Rumah Dengan Mudah!

Online shopping on steroid.
2 minit untuk membaca
Published: February 12, 2025

Dalam era moden yang penuh dengan kemajuan teknologi, segalanya kini berada di hujung jari! Aplikasi seperti Shopee, Zalora dan lain-lain kini semakin popular dengan kemudahan dan pilihan yang ditawarkan untuk pembelian didalam talian. Jom baca lebih lagi tentang aplikasi-aplikasi ini untuk anda membeli-belah secara online dengan mudah dan efisien!

Shopee

Aplikasi yang paling popular, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk daripada pakaian, aksesori, barangan keperluan harian, sehinggalah makanan dan peralatan elektronik. Shopee adalah pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan keselesaan dan kemudahan dalam urusan pembelian secara digital.

Tip: Shopee terkenal dengan flash sale dan promosi terhad. Jadi, pastikan anda sentiasa peka dan tetapkan reminder di telefon bimbit anda supaya tidak terlepas peluang ini.

ZALORA

ZALORA merupakan aplikasi membeli-belah dalam talian yang membawa pengalaman seperti berada di pusat membeli-belah terus ke dunia digital anda. Dengan pelbagai pilihan fesyen yang eksklusif, aplikasi ZALORA menawarkan jenama terkenal dari luar negara serta jenama tempatan yang berkualiti.

Tip: ZALORA penuh dengan pelbagai pilihan fesyen! Jangan lupa untuk tetapkan filter berdasarkan apa yang anda cari, dan pengalaman membeli-belah dalam talian anda akan menjadi lebih mudah.

TikTok Shop

Daripada aplikasi media sosial, TikTok mula menggunakan platformnya dan dijadikan sebagai TikTok Shop. Pengguna bukan sahaja dapat menonton video tetapi boleh juga terus membeli produk yang dipaparkan di beg kuning.

Tip: Pastikan anda membuat carian mengenai barang yang anda inginkan supaya anda boleh mendapatkan lebih banyak diskaun dan kupon untuk ditebus semasa pembelian!

@tiktokshop_my #tiktokshop22supersale is here! Korang boleh enjoy UNLIMITED FREE SHIPPING and discount voucher up to 30% off kot ๐Ÿ˜ #TikTokShopMY #BonusCashback #StackableVouchers โ™ฌ original sound - tiktokshop_my ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Shein

Salah satu aplikasi yang memberi tumpuan kepada pelbagai barangan fesyen seperti pakaian, beg tangan, aksesori, kasut, dan banyak lagi. Shein menjadi pilihan utama bagi pencinta fesyen yang gemar mengikuti trend terkini.

Tip: Semasa membeli pakaian atau produk lain di Shein, pastikan anda ketahui saiz yang sesuai dan teliti review terlebih dahulu. Jangan lupa untuk mengumpul banyak kupon bagi pengalaman membeli-belah yang sempurna.

@sheinmalaysia_ The Styling Queen ๐Ÿ‘‘๐Ÿ’˜ @peilonggg Brand : SWEETRA | DAZY | SHEIN ICON | ROMWE #SHEINstyleMY #SHEINhaul #fashionhaul #fitcheck #fitspo #ootd #vday #valentines #dateoutfit #pov #cafedate #fashionmalaysia โ™ฌ original sound - sheinmalaysia_

Temu

Aplikasi membeli-belah yang berasal dari Amerika Syarikat yang semakin mendapat perhatian. Temu menawarkan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori. Selain barangan fesyen, Temu juga menyediakan koleksi produk kosmetik yang berpatutan!

Tip: Sentiasa bandingkan harga antara barang yang ingin anda beli untuk mendapatkan tawaran terbaik.

@ok_neha Some new things to decorate my apartment!๐Ÿ”—or search dkq3537 to shop๐Ÿ’—@Temu #homehaul #homedecor #temuhaul #temufinds #pinterestapartment #pinteresthome #fyp #haul #shopping #temuhaul #temufinds #freeshipping #tryit #shopnow โ™ฌ Back On 74 - Jungle
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down