Love is in the air! Selain daripada pemberian hadiah, ada pelbagai lagi cara yang boleh anda ekspresikan cinta seperti melakukan aktiviti-aktiviti romantik untuk ciptakan kenangan manis bersama yang tersayang!
Raikan Cinta di W Kuala Lumpur
Ready, Set, Love!

Valentine's Day ini, W Kuala Lumpur hadir dengan pelbagai tawaran istimewa yang menarik seperti aktiviti Ready, Set, Love! yang direka untuk membina connection cinta dalam suasana penuh keseronokan! Aktiviti ini akan diadakan di Living Room, dan acara akan bermula dengan mengajak peserta untuk sertai cabaran "love lock" yang sangat mengujakan!
Tempat: W LIVING ROOM, Tingkat 8
Tarikh: 14 Februari 2025
Masa: 7 malam
Table For Two At Flock: A Valentine's Dinner To Remember

Raikan cinta dengan pengalaman candlelight dinner di Flock. Nikmati hidangan istimewa seperti David Hervé Baby Peter Oyster dengan Oscietra Caviar, Salmon Perap Beetroot dengan Ravioli Keju Kambing, serta Slowcooked Wagyu Beef Cheeks atau Halibut Panggang untuk hidangan utama. Akhiri malam anda dengan pencuci mulut Moonlit Cocoa Sphere.
Tempat: FLOCK, Tingkat 8
Tarikh: 14 Februari 2025
Masa: 6 petang – 10 malam
Harga: MYR 598+ sepasang (termasuk makanan & wine pairing)
Engraving Aksesori
Untuk memberi sentuhan peribadi pada hadiah Valentine, Pandora menawarkan ukiran eksklusif pada barang perhiasan seperti charms, gelang, loket, pendants dan cincin. Anda boleh menambah mesej atau tarikh istimewa untuk menjadikan hadiah itu lebih bermakna. Aktiviti ini lebih spesial pada valentine untuk menunjukkan rasa sayang kepada pasangan atau keluarga.
Tufting
Jika anda ingin meluangkan masa bersama pasangan dengan aktiviti yang lebih kreatif dan menyeronokkan, tufting adalah salah satu aktivit yang sesuai! Aktiviti ini melibatkan penciptaan karpet kecil dengan menggunakan benang yang ditebuk melalui kain untuk mencipta rekaan yang comel! Ini adalah aktiviti sesuai untuk mereka yang ingin mencipta satu kenangan yang istimewa.
Pottery Class
Kelas pottery memberi peluang kepada pasangan untuk mencipta karya seni dengan tangan sendiri, dari membentuk tanah liat hingga menjadi satu karya seni yang cantik! Proses yang santai dan terapeutik ini juga memberi peluang untuk relaks dan berbual dalam suasana yang tenang. Hasilnya, anda akan memiliki kenangan dalam bentuk produk seramik yang dihasilkan dengan penuh kasih sayang.
@fildzafarhana Had so much fun building my own pottery here!😍✨ Best rupanya buat benda ni. Rasa tenang je tau!🥹Seriously korang kena try atleast sekali dalam hidup😃 Sesuai sangat untuk dijadikan aktiviti bersama dengan family, kawan-kawan, partner, even nak buat team building atau birthday celebration pun boleh tau sebab tempat ni boleh muat almost 50pax!😃 Go check it out their IG now! > @Good Times DIY Pottery @Pavilion Bukit Jalil #GoodTimesDIY #pottery #pavilionbukitjalil #teambuilding #BirthdayParty #potterypainting #vlog #chilling #healing #hobbies ♬ original sound - UnnieFie
Workshop Cincin
Alternatif lain yang lebih romantik, boleh juga pergi ke workshop buatan cincin dengan rekaan sendiri. Anda dan pasangan boleh belajar cara membuat cincin peribadi dalam workshop khas yang disediakan. Cincin yang dihasilkan itu dapat menjadi simbol kasih sayang yang sentiasa berharga.