Langgan

Vivo V60 Menyerlah di ELLE Style Awards 2025

Malam penuh glamor dan prestasi terunggul bersama vivo!
2 minit untuk membaca
Published: November 25, 2025

ELLE Style Awards 2025 telah melabuhkan tirai dan menjadi antara acara fesyen paling berprestij untuk tahun ini. Bertempat di M Resort & Hotel yang mewah dan dipenuhi tetamu jemputan eksklusif. Malam penuh glamor ini bukan sahaja meraikan pencapaian ikon fesyen dan hiburan tetapi turut mengangkat peranan teknologi dalam merakam setiap detik bermakna. Tahun ini, vivo mengambil tempat di barisan hadapan dengan vivo V60. Satu peranti yang terbukti menjadi pilihan utama untuk menangkap kemegahan acara berprofil tinggi.

Hadir Sebagai Rakan Rasmi Gaya & Teknologi

Melihat kepada keseluruhan malam, jelas bahawa Vivo bukan sekadar peranti tambahan, ia menjadi sebahagian daripada pengalaman ELLE Style Awards 2025. Gabungan teknologi kamera bertaraf premium dan suasana glamor menjadikan setiap rakaman lebih hidup, lebih bertenaga dan lebih bermakna.

Vivo V60 berjaya membuktikan bahawa telefon pintar moden bukan sahaja merakam visual tetapi menghidupkan kembali memori dengan kualiti yang mempesona. Di malam penuh gaya ini, Vivo sekali lagi menunjukkan bahawa teknologi dan fesyen mampu berjalan seiring dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Glamor Dengan Aura Light Mode

Seawal karpet merah dibuka, para selebriti tampil mempesona dengan gaya tersendiri! Namun yang menjadikannya lebih istimewa adalah bagaimana setiap ekspresi mereka dirakam. Sekilas glamor ini menjadi lebih terserlah melalui Aura Light Mode pada vivo V60 yang memberi pencahayaan lembut, seragam dan elegan. Ia bukan sekadar menerangi wajah tetapi meningkatkan tekstur, warna dan keanggunan dalam setiap foto.

Setiap gerak langkah mereka seolah-olah dipentaskan khas untuk lensa vivo, menjadikan hasil rakaman kelihatan premium dan sinematik. Potret yang dirakam tampak halus, definisi tinggi dan cukup menonjol untuk memancarkan keperibadian masing-masing sesuai dengan aura majlis yang penuh gaya.

Video yang diambil oleh vivo V60

Persembahan Hebat Artis Tempatan

Acara diteruskan dengan persembahan memukau daripada barisan artis terkenal seperti Nadeera, Hael Husaini, Wani Kayrie, Nabila Razali dan Najwa Mahiadin. Setiap persembahan mempunyai energi tersendiri, namun satu perkara yang konsisten, semuanya dirakam dengan kejelasan profesional yang mengagumkan melalui vivo V60.

Kamera vivo V60 menawarkan keupayaan zoom yang stabil dan prestasi yang luar biasa dalam persekitaran cahaya rendah. Ciri Stage Mode pula memastikan setiap perincian di pentas dipaparkan dengan fokus yang jelas dan warna yang seimbang. Setiap rakaman video kelihatan seperti produksi profesional, penuh dengan emosi dan momentum nyanyian secara langsung.

Potret Yang Lebih Hidup 

Selain karpet merah dan persembahan, sorotan-sorotan sepanjang malam turut menjadi memori berharga dan vivo V60 memastikan setiap satu disimpan dengan penuh makna. Menerusi ZEISS Multifocal Portrait dan 10x Telephoto Stage Portrait, close-up para pemenang, ekspresi wajah serta detik interaksi di pentas dirakam dengan ketepatan yang memukau! 

Shot close-up menjadi lebih mendalam, bokeh lebih natural, manakala tekstur pada wajah dan pakaian kelihatan seperti tangkapan kamera profesional. Detik-detik di atas pentas pula kelihatan lebih dramatik dengan dinamik cahaya dan aksi yang jarang dapat ditangkap oleh telefon pintar lain.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down