Langgan

Seleksi Hadiah Menarik Untuk Hari Valentine Ini

Pilihan hadiah yang memikat hati daripada koleksi bertemakan Valentine!
2 minit untuk membaca
Published: February 10, 2025

Setiap tahun, Valentine’s Day adalah kesempatan sempurna untuk menunjukkan rasa kasih sayang dengan pemberian hadiah. Dari perhiasan elegan hingga item essential, ini adalah seleksi hadiah yang menarik untuk anda pertimbangkan.

Beg Kate Spade

Sempena Valentine ini, Kate Spade tampil dengan koleksi kapsul edisi terhad yang menampilkan pelbagai aksesori playful seperti beg, kasut, aksesori dan pelbagai lagi. Tambahan dengan perincian menarik seperti beg bentuk hati, rona merah dan pink menjadikannya salah satu pilihan hadiah yang sempurna.

Koleksi valentine dari kate spade

Beg Louis Vuitton

Koleksi dari Louis Vuitton ini merangkumi barangan kulit dan aksesori untuk lelaki dan wanita, serta barang kemas mewah serta haruman eksklusif yang sempurna untuk meraikan kasih sayang dengan penuh gaya. Istimewa koleksi ini mempersembahkan beg ikonik Nano Speedy Dating dalam bentuk hati.

Koleksi Valentine's day dari louis vuitton

Coklat Giorgio Armani

Jika yang ingin memberi coklat sebagai bingkisan hadiah, Armani/Dolci by Guido Gobino mempersembahkan coklat bentuk hati dan praline edisi terhad. Dengan gabungan coklat susu kacang hazel rangup dan coklat putih pistachio Sicily dalam kotak tin merah elegan dengan rekaan unik. Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah yang eksklusif.

Jambangan Bunga BloomThis

Koleksi Love Club daripada BloomThis menawarkan jambangan bunga dan kotak bunga yang direka khas stail old school, termasuk Love Club Imogen Pink Rose Mini BloomBag, Lauren Red Rose Ruffles Bouquet, dan Lyndi Red Rose Heart Bouquet.

Aksesori Bvlgari

Bvlgari meraikan ikatan istimewa yang mencipta kenangan abadi menerusi aksesori mewah seperti jam tangan dan cincin. Sempena dengan tahun ular mengikut zodiak Cina, lembaran baharu terungkap dalam kisah cinta yang tidak terhingga antara Bvlgari dan Serpenti. Reben yang menarik hati, dua tangan bersentuhan antara satu sama lain dan pelbagai cara untuk membina ikatan yang istimewa. Hadiah Hari Valentine Bvlgari mengubah banyak aspek cinta yang tidak terhingga dan abadi.

bulgari - serpent and love

Barang Kemas Chaumet Paris

Chaumet Paris memperkenalkan koleksi Bee My Love iaitu simbol cinta yang abadi. Motif yang melambangkan kekuatan didalam satu hubungan. Rekaannya yang elegan dan halus sempurna untuk meraikan momen indah bersama, menjadikannya hadiah ideal untuk menunjukkan kasih sayang.

Koleksi Valentine's Day Balenciaga

Koleksi yang dibawa oleh Balenciaga ini mempunyai efek aged treatment dalam potongan oversized serta saiz kecil untuk hoodie zip-up dan t-shirt yang dihiasi tulisan "Happy Valentine’s Day." Kempen Balenciaga ini merakamkan detik mendebarkan dalam menantikan seseorang di sebalik pintu dengan bunga, belon dan hadiah penuh makna ini dirakam oleh Emma Alvin.

tulisan Happy valentine pada baju daripada balenciaga

Barang Kemas Fred Jewelry

Koleksi The Sunshine Jeweler memperkenalkan dua ciptaan Pretty Woman Hypnotic, iaitu rantai dan cincin yang boleh digayakan pelbagai cara. Aksesori mewah ini mempunyai gabungan mutiara, rosegold dan berlian. Rantai yang boleh dipakai dalam empat cara berbeza, sementara cincin yang boleh diubah menambahkan sentuhan elegan untuk meraikan cinta.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down