Langgan

Eksklusif: Temubual Bersama Jisoo & Park Jeong-Min

Jisoo kembali menghangatkan siri televisyen menerusi Newtopia bersama Park Jeong-Min
3 minit untuk membaca
Published: February 6, 2025
Newtopia ditayangkan di Prime Video bermula 7 Februari ini

Lama tidak melihat kemunculan Jisoo menghangatkan dunia showbiz global dengan material terbaru. setelah kali terakhir memberi fenomena menerusi single "Flower" Jisoo memilih untuk memperlahankan langkah bermuziknya.

Terkini bersama aktor berbakat dari Korea Selatan iaitu Park Jeong-Min - Jisoo tampil dengan siri terbaru berjudul "Newtopia" arahan Yoon Sung-Hyun. Drama bersiri ini membawakan kisah cinta jarak jauh yang berakhir dengan pentengkaran namun satu tragedi wabak tak diduga membawa Zombi di bandar Seoul membuatkan Young-Joo bertekad untuk menyatukan kembali cinta yang rapuh.

Drama ini akan ditayangkan bermula 7 Februari di Prime Video dan berikut temubual eksklusif Hafizan Mohd bersama Jisoo dan Park Jeong-Min.

ELLE: Boleh kongsikan dengan pembaca momen terbaik sepanjang proses menyiapkan Newtopia

Jisoo: Saya senang dengan setiap pengalaman menyiapkan projek ini. Penonton akan faham apabila mereka menonton video di sebalik tabir pembikinan drama ini.

Park Jeong-Min: Antara momen yang paling tidak dapat saya lupakan adalah masa yang diluangkan bersama kesemua pelakon. Saya bersyukur kerana kepercayaan yang diberikan.

E: Apa yang membuatkan anda berdua bersetuju menerima tawaran berlakon dalam drama bersiri ini?

J: Saya sukakan skripnya kerana ia tidak hanya memberi fokus pada kekacauan zombie tetapi juga memiliki elemen cinta yang bersulam momen-momen humor. Saya percaya penonton pasti akan menyukai karakter Young-joo apabila mereka menonton drama bersiri ini kerana wataknya akan menjadi semakin menarik di setiap episod. Ini merupakan kali pertama saya berlakon dalam set penggambaran kekacauan zombie dan saya begitu teruja melihat pembikinan projek ini dilakukan. Saya berharap pada masa akan datang akan ada lebih banyak projek yang akan melibatkan aksi lasak. Satu lagi setiap pelakon juga krew produksi ini cukup berdedikasi dalam menyiapkan projek ini. Saya yakin penonton akan menyukai Newtopia.

PJM: Newtopia bukan drama tipikal seram atau thriller yang biasa kita tonton. Ia dihasilkan dengan cukup adorable, ada unsur komedi dan menyenangkan. A true zombie romantic comedy atau “zom-com”. Keunikan ini yang membuatkan saya mahu terlibat dengan projek ini.

E: Cabaran terbesar dan mengapa?

J: Sangat banyak aksi yang harus saya lakukan dan saya menghabiskan banyak waktu untuk latihan di akademi lagak ngeri bagi mendapatkan gerakan yang tepat. Even untuk aksi ringan seperti berlari dan memegang senjata juga harus dikordinasi pasukan stunt. Proses latihan adalah sangat penting dan babak yang paling sukar bagi saya adalah aksi berlawan dan melarikan diri daripada zombie dalam satu take. Ia memerlukan kekuatan fizikal. 

PJM: Dalam banyak-banyak projek yang sudah saya lakukan ini merupakan projek lakonan yang paling banyak memerlukan fokus pada interaksi dan kordinasi kamera. Ia sangat mencabar tetapi kesemua pelakon juga krew dapat beradaptasi dengan sebaiknya dan berjaya menyempurnakan visi pengarah. Selain itu, ada satu adegan yang memerlukan saya berlawan dengan zombie dan saya ingat perasaannya sangat gementar sebelum penggambaran bermula. Namun dengan kerjasama krew dan pasukan stunt kami berjaya menyiapkan kesemua adegan dengan selamat. 

E: Berapa lama proses penggambaran dan oleh kongsikan rutin sebelum memulakan penggambaran?

J: Penggambaran mengambil masa kurang setahun dan disebabkan projek ini banyak melibatkan adegan aksi kebanyakan masa yang ada saya akan habiskan di gym sebagai persiapan. Ia juga penting untuk saya kekal fokus ketika latihan lakonan bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Pada hari penggambaran biasanya saya akan lakukan rutin asas seperti mandi air suam, melakukan regangan otot tidak kira selewat mana pun hari saya berakhir.

PJM: Selama tujuh bulan penggambaran saya banyak melakukan latihan fizikal kerana banyak babak menuntut saya untuk melakukan pergerakan besar seperti berlari. Ia satu cabaran besar namun dengan adanya rakan pelakon seperti Seong-jae dan Kim Jun-han ia memudahkan kerana tenaga yang mereka berika di set sangat membantu proses penggambaran menjadi lebih menyeronokkan.

E: Gambarkan siri ini dalam tiga perkataan

J: Zombies, love and growth.

PJM: Love, camaraderie and farewell.

E: Apa yang penonton boleh jangkakan daripada siri ini?

J: Satu kekacauan zombie yang seimbang dengan perkembangan karakter yang membentuk cerita yang unik. Ada humor yang dibentuk dan ia menjadikan drama ini begitu seronok untuk ditonton. Pengarah, Yoon Sung-hyun menggunakan pendekatan berbeza daripada sudut kamera yang kena dengan situasi dan pada masa yang sama memiliki sentuhan yang tersendiri untuk mencuri perhatian penonton. 

PJM: Saya sangat teruja kerana saya sendiri belum ada kesempatan menonton Newtopia. Saya tidak sabar melihat hasil daripada diskusi dan sudut emosi yang kami alami di set diadaptasi ke skrin. Newtopia adalah sebuah fairytale yang dimasukkan ke dalam dunia zombie. Cabaran pada watak untuk berkembang dan saya percaya penonton akan melihat sendiri bagaimana dua karakter utama ini bertumbuh ketika mereka monontonnya nanti. Drama ini tidak hanya sekadar cerita zombie tetapi masih memiliki elemen kasih sayang, cinta yang menyenangkan. Saya percaya ini yang membezakan Newtopia dengan cerita zombie yang sedia ada. 

Topics:
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down