Langgan

Joey King Diiktiraf & Rangkul WIF Max Mara Face of the Future!

ELLE Malaysia berbicara dengan Joey King, penerima WIF Max Mara Face of the Future ke-19
4 minit untuk membaca
Published: February 2, 2025

Lapangan seni meninggikan namanya, lantas dewasa ini, dia beroleh kemenangan. Joey King diiktiraf, merangkul WIF Max Mara Face of the Future Award ke-19 – penyanjungan di atas kecekalan dalam arena hiburan, pencapaiannya sebagai pelakon serta tanda menghargai estetika fesyennya. 

joey king

Menawan pentas sandiwara sedari kecil lagi. Tuahnya mengencang hebat, apalagi sepanjang dia mendewasa dengan alam hiburan sehingga berjaya mengukir nama. Pelakon Joey King yang sangat dikenali menerusi filem-filem seperti ‘The Kissing Booth’, ‘Bullet Train’ dan ‘A Family Affair’ serta siri televisyen ‘The Act’ dirai pencapaiannya bersama jenama Max Mara – yang memilih dia sebagai penerima ke-19 WIF Max Mara Face of the Future Award, di acara koktel di Chateau Marmont pada tahun lalu yang dihoskan oleh cucu kepada pengasas Max Mara Fashion Group sendiri, yakni Maria Giulia Prezioso Maramotti. 

Bakat Joey bukan lagi halimunan, kebolehannya nyata dilihat. Dia kini berdiri setara dengan penerima-penerima sebelumnya, seperti Gemma Chan, Elizabeth Debicki, Chloe Grace Moretz dan Emily Blunt. Diiktiraf oleh WIF (dahulunya dikenali sebagai Women In Film) yang merupakan organisasi bukan untung yang memperjuangkan kesamaan peluang serta menaja projek-projek kreatif khusus untuk artis-artis wanita. 

Ikuti sesi soal jawab ELLE Malaysia bersama Joey King, mencungkil perspektif dan pandangannya sebagai penerima WIF Max Mara Face of the Future tahun ini!

Temu Bual eksklusif bersama Joey King

joey king

Pertama sekali, tahniah! Anda menerima penghargaan WIF Max Mara Face of the Future di Women in Film Crystal + Lucy Awards. Apakah harapan anda sebagai representasi yang menerima anugerah ini?

Joey King : Terima kasih. Rasa sukar dipercayai dan pada masa yang sama, rasa sangat bertuah pabila menerima penganugerahan ini. Soalan mengenai harapan itu adalah soalan yang menarik kerana ia menandakan saya memiliki suara untuk didengari semua orang. Antara harapan saya adalah meneladani yang lain untuk tidak gentar mencari perkara mengobarkan semangat dalam diri, sama ada menjadikan ia sebagai karier, sebagai hobi atau apa-apa sahaja! Mengejar hal-hal yang menggembirakan diri. Mungkin apa yang anda lihat adalah betapa bertuahnya saya kerana menemukan sukses dalam bidang hiburan. Namun, semua itu terhasil daripada kerja keras saya sendiri dan saya amat berbangga dengan apa yang dicapai kini. 

Yang kedua adalah jangan terlalu serius terhadap diri. Hidup ini penuh dengan kegembiraan. Ya, benar, terkadang hidup boleh jadi susah, namun menyisip nikmat gembira dalam diri adalah suatu aspek penting. 

Mengapa Max Mara memilih anda?

Agak melucukan kerana saya bangga dengan pencapaian diri sendiri… tetapi, bila menyentuh pokok perbincangan tentang kelayakan saya menerima sesuatu anugerah itu, agak sukar untuk saya jelaskan dan perasaannya juga unnatural. Namun, apa-apa pun, saya bersyukur dan berbesar hati kerana Max Mara memilih saya dan berharap dapat membanggakan mereka. 

Adakah anda tanggap anugerah ini sebagai titik penggalak?

Sudah tentu. Acapkali saya diiktiraf sesuatu penghargaan atas sebab pembabitan dalam bidang ini, ia umpama satu hadiah dari orang luar yang menaruh kepercayaan terhadap diri saya. Ia menggalakkan saya untuk terus cekal meneguhkan posisi keberadaan diri dalam kerjaya yang saya pilih ini. Saya bersyukur kerana hidup dalam zaman yang memperlihatkan kesamaan peluang buat wanita-wanita dalam industri hiburan. I'm so thankful to all the women who came before me who made this world we live in today possible.

joey king

Pandangan anda tentang posisi wanita-wanita dalam industri perfileman masa kini?

Saya masih mahu melihat dan mengharap lebih banyak wanita mendapat peluang dalam industri ini. Dan wanita-wanita ini mampu memperkasakan diri dalam bidang kerja yang dilabel sebagai kerja untuk lelaki. 

Sememangnya ini Impian kencana anda, untuk menjadi seorang aktres?

Sedari usia empat tahun lagi saya sdah menceburkan diri dalam industri lakonan dan hiburan, bermula daripada iklan komersial. Sehinggalah saya menginjak usia sembilan tahun, pada masa itu saya menuai minat yang mendalam dan menyukai bidang lakonan. Kesetiaan dan kecintaan terhadap industri ini bertunas pabila saya terlibat dalam filem ‘Ramona and Beezus’. Tanggungjawab yang saya kendong seanjang penghasilan filem tersebut mencipta detik yang menakjubkan dan membangunkan karakter diri saya.  Masa itulah saya sedar bahawa saya mahu berada di dalam industri ini selamanya.

Adakanh anda pencinta fesyen? Anda sentiasa mengikuti perkembangan trend secara umum?

Bidang fesyen adalah lapangan di mana saya bisa mengekspresikan diri. Saya mengeratkan hubungan cinta terhadap tubuh badan saya menerusi lapangan fesyen. Jadi, ya, saya amat menyukai fesyen dan saya suka bagaimana lapangan tersebut mampu mempertingkatkan keyakinan diri. Saya mengikuti trend semasa sekali-sekala, namun apa yang saya selalu pakai adalah berdasarkan pilihan penggayaan yang membuatkan saya gembira. 

Apakah pentingnya fesyen dalam industri perfileman? Bagaimanakah sesuatu penggayaan itu mendefinisikan peranan seseorang aktor atau aktres?

Betul. Fesyen, bergerak seiringan dengan dandanan serta solekan mampu mentransformasikan seseorang aktor atau akrtres, bukan sahaja pada fizikal, malahan mental. Apalagi bila melakonkan watak atau karakter baharu. Ia adalah satu aspek penting yang harus diutamakan, untuk menaruh rasa mendalam terhadap apa yang dipakai itu secocok dengan pemakaian sebenar sesuatu karakter. 

Max Mara adalah satu jenama yang kaya dengan warisan, yang senantiasa memperkasakan dukungan buat wanita. Apakah aspek jenama Max Mara yang dekat dengan hati anda?

Saya suka bagaimana Max Mara berpanjangan menyokong wanita-wanita dalam industri perfileman dari dahulu lagi dan dukunga ini membantu menjulang suara-suara baharu serta meneladani anak-anak muda untuk membina keyakinan. Sudah bermacam-macam Max Mara lakukan dan amat mengagumkan melihat benar-benar merealisasikan matlamat mereka.

Ceritakan sedikit pengalaman anda menghadiri pertunjukan fesyen Max Mara musim bunga/panas 2025 di Milan.

Ia adalah pengalaman yang mengujakan, berkelana ke Milan untuk pertunjukan Max Mara musim bunga/panas 2025. Pasukan Max Mara are some of the nicest people I’ve ever met dan petunjukan tersebut sangat stunning. Antara looks kegemaran saya dalah skirt perang dan blazer dengan button up di bawah. Saya juga sukakan semua baju dalam kaitan dan baju-baju structured.

joey king
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down