Langgan

Maude Apatow Diraikan Dengan Anugerah WIF Max Mara Face of the Future

Memberi penghormatan kepada generasi wanita yang membentuk masa depan Hollywood.
2 minit untuk membaca
Published: November 17, 2025

Dua dekad lalu, pada tahun 2006, Max Mara dan Women in Film (WIF) memulakan misi untuk mengangkat generasi baharu wanita yang mengubah landskap filem dan televisyen. Hari ini, inisiatif itu telah berkembang menjadi salah satu pengiktirafan paling bermakna di Hollywood: WIF Max Mara Face of the Future Award®. Tahun ini, Max Mara memperingati ulang tahun ke-20 anugerah tersebut dengan sambutan selama dua hari di Los Angeles, meraikan para wanita yang telah dan terus membentuk masa depan industri hiburan.

Lili Reinhart berucap di atas pentas semasa 2025 WIF Honors yang dibawakan oleh Max Mara

Anugerah ini telah mengetengahkan bakat paling berpengaruh dalam generasi mereka termasuk Joey King, Yara Shahidi, Lili Reinhart, Zazie Beetz, Gemma Chan, Elizabeth Debicki, Zoey Deutch, Hailee Steinfeld dan Emily Blunt. Ramai antara mereka kini telah meraih pencapaian lebih tinggi antaranya menerima pencalonan Oscar, Emmy dan Golden Globe. Mengembangkan kerjaya sebagai pengarah dan penerbit serta giat memperjuangkan representasi lebih adil dalam industri. Bersama-sama mereka membina legasi yang mencerminkan tujuan sebenar anugerah ini: mengangkat wanita peneraju yang membentuk budaya di dalam dan di luar layar.

Zoey Deutch menghadiri acara 2025 WIF Honors yang dibawakan oleh Max Mara

Sambutan ulang tahun ini bermula pada 5 November di Chateau Marmont. Diacarakan oleh Maria Giulia Prezioso Maramotti, cucu pengasas Max Mara dan ahli lembaga jenama tersebut, acara ini menghimpunkan suara-suara paling unik di Hollywood. Malam berikutnya, sambutan diteruskan di Beverly Hilton semasa gala tahunan WIF Honors. Di sana, Maria Bello, penerima pertama Face of the Future Award, naik ke pentas untuk mengenang kerjasama jangka panjang antara Max Mara dan WIF. “Sebahagian besarnya kerana pelaburan Max Mara,” katanya, “Women in Film telah berkembang pesat dalam dua puluh tahun ini, menambah lebih banyak program, lebih ramai ahli dan yang paling penting, meningkatkan representasi wanita dalam TV dan filem.”

Maria Giulia Prezioso Maramotti berucap di atas pentas semasa 2025 WIF Honors yang dibawakan oleh Max Mara

Kemuncak acara tiba apabila Maria Giulia Prezioso Maramotti menyampaikan WIF Max Mara Face of the Future Award 2025 kepada pelakon Maude Apatow.

Maude apatow
Maude Apetow

Maude berkongsi tentang wanita yang membentuk perjalanannya, daripada Judy Blume dan Lena Dunham kepada ibunya, Leslie Mann. “Bahagian terbaik bekerja dalam industri ini adalah wanita-wanita yang saya temui sepanjang jalan,” katanya. “Sokongan itu adalah sesuatu yang kita perlukan lebih daripada sebelumnya. Saya berhutang segala-galanya kepada wanita yang mengangkat saya dan saya akan mendedikasikan hidup dan kerjaya saya untuk memperjuangkan wanita sebagaimana mereka telah lakukan selama bertahun-tahun.”

Maude apatow
Maude Apetow bersama ibunya Leslie Mann dan bapanya Judd Apatow
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down