Langgan

Aurner Eau de Parfum, Wangian Terbaru Daripada Aesop

Feminin vs maskulin, sederhana vs kompleks, wangian Aurner taruhan terbaru Aesop.
2 minit untuk membaca
Published: January 31, 2025

Jika anda melabelkan diri anda sebagai seorang nonconformist - berjiwa bebas dan sering mahu tampil original, jadi wangian ini adalah untuk anda. Aurner merupakan hasil formula daripada nota-nota kontra yang tidak dijangka, adunan nota metalik bersama rempah ratus dan herba, dengan nota floral digubah bersama nota kayu kayan yang sensual.

Dicipta bersama kolaborator Aesop, Céline Barel yang juga merupakan figura penting dalam pembingkinan wangian crowd's favourite, Tacit Eau de Parfum. 'Aurner direka sebagai langkah evolusi dalam dunia aromatik Aesop,' kata Barel. 'It is a truly defiant bloom, menawarkan perspektif baharu kepada wangian bunga.' Gabungan bahan utama seperti Daun Magnolia, Chamomile Rom, dan Cedar Heart untuk mencipta aroma yang tegas dan tidak ortodoks, membawa sinar yang penuh nuansa dalam bauannya, seperti digambarkan oleh Céline sebagai 'kompleks, terang, dan tea-like'.

Evokasi multisensori dari Eau de Parfum ini membenarkan sifatnya yang rebellious untuk berkembang —termasuklah kolaborasi pertama Aesop dengan pereka barang kemas Patcharavipa Bodiratnangkura, pereka perhiasan mewah dari Bangkok. Karyanya menggabungkan kraftangan tradisional Thai dengan konsep Jepun, wabi-sabi, yang berfokus kepada ketidakkekalan dan ketidaksempurnaan, menghasilkan karya yang mengimbangi keberanian estetika dengan kehalusan dalam pengendalian material dan tekstur. Bagi Aurner, Patcharavipa mewujudkan ketegangan emosi dalam aroma itu melalui seutas perhiasan yang halus bentuknya, namun teguh dalam penggunaan material.

Dalam kolaborasi ini, Patcharavipa mencipta ear cuff edisi terhad dengan hanya 200 Aurner Ear Cuffs tersedia di stor terpilih Aesop di seluruh dunia. Diperbuat dengan tangan daripada Perak Sterling 925 yang dilapisi Rhodium oleh sekumpulan artisan — di mana kehalusan kerja tangan Thai yang luar biasa terpancar dalam setiap ciptaan.

Patcharavipa berkata: 'Saya sentiasa melihat magnolia sebagai simbol kekuatan dan kesucian. Apabila seseorang memikirkan rekaan yang berasaskan bunga, seringkali kita terbayang sesuatu yang feminin atau manis. Saya melihat bunga dengan pandangan yang berbeza. Saya melihatnya sebagai sesuatu yang sangat berbentuk, sangat kuat, dan secara semula jadi sempurna.'

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down