Langgan

Trend Solekan Y2K Viral Yang Mesti Anda Cuba

#BeautyTrend ini sedang viral di TikTok!
2 minit untuk membaca
Published: February 1, 2025

Awal 2000-an adalah zaman penuh eksperimentasi berani dalam dunia kecantikan, di mana trend melawan arus norma beauty standard. Hari ini, kita menyaksikan kebangkitan semula trend solekan Y2K yang memukau, ditafsirkan semula dengan sentuhan moden, sesuai dengan jiwa beauty enthusiast zaman kini.

@chicwithkels doing my makeup from the year i was born: ✨1999✨ Primer: @Smashbox Cosmetics Photo Finish Primer Foundation: @BASMA Beauty The Foundation Stick in 021 Concealer: @Saie Slip Tint Concealer in 6 Powder: @makeupbymario Surreal Skin Soft Blur Setting Powder in 2 Blush: @mcobeauty_us pH Powder Blush in Blush Red Bronzer: @milkmakeup Sculpt Stick in Stoked Brows: @Catrice Cosmetics Sleek Brow Wax & @Kosas Nano Brow Pop Eyeshadow: @NYX Professional Makeup Jumbo Eye Pencil in Milk & @LottieLondon Soft Grunge Eyeshadow Palette Shades Cruel & Smoked Eyeliner: @buxomcosmetics Power Line Lasting Liner in LBD Mascara: @Alleyoop Go The Distance Mascara Lips: Kosas Hotliner in Supreme & @Glossier Lip Gloss in Clear #greyeyeshadow #90s #90smakeup #90scooltonemakeup #cooltonemakeup #90sgreyshadow #y2kmakeup #camerondiaz ♬ original sound - Nothing but Nostalgia✨

Jika anda ingin mencuba trend solekan ini, pertama sekali, cari inspirasi trend solekan millenium untuk ketahui gaya solekan yang popular pada waktu itu. Ia mungkin teknik pembayang mata atau warna lipstik yang trending pada ketika itu.

1990s Look

Era grunge yang sangat popular dengan gaya solekan yang lebih bold dan edgy seperti yang digayakan oleh Pamela Anderson atau Christina Aguilera. Pembayang mata gelap yang dramatik menjadi fokus utama, dengan penggunaan warna seperti hitam, kelabu, dan coklat gelap. Lipstik berwarna coklat atau merah pekat turut menjadi pilihan utama dan tetap menyerlah. Kening yang nipis juga menjadi simbol kecantikan pada waktu itu.

2000s Look

Tahun 2000-an menyaksikan kecenderungan solekan yang lebih cerah dan berkilauan, dengan pembayang mata frosty atau berwarna terang menjadi pilihan. Lip gloss berkilat dengan kesan yang memberi efek lembap pada bibir juga menjadi kegemaran ramai. Solekan yang lebih segar dan minimalis dengan kening yang lebih semula jadi. Trend ini popular dikalangan selebriti ikonik seperti Britney Spears dan Tyra Banks!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down