UNIQLO berbuat jasa seberapa boleh ketika melalui jalan raya penghidupan ini. Mereka berusaha merapatkan jurang dengan masyarakat luar, mewujudkan satu inisiatif khas untuk membantu mereka yang memerlukan atau kurang berkemampuan. UNIQLO memperkenalkan ‘Heart of LifeWear’ – usaha murni global mereka untuk mendermakan lebih kurang satu juta HEATTECH yang baharu berserta rangkaian pakaian AIRism, kepada komuniti yang memerlukan.
Kempen global ini dilancarkan bersempena ulang tahun UNIQLO ke-40, mencerminkan falsafah jenama ini yang bermain dengan persoalan, “What makes life better.”
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang inisiatif ‘Heart of LifeWear’ ini, ELLE Malaysia menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif UNIQLO, Satoshi Hatase, membuka bicara tentang misi, visi serta impak kempen ini segenap dunia.
Kongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ‘Heart of LifeWear’. Apakah misi serta visi kempen ini?
Satoshi : ‘Heart of LifeWear’ adalah sebuah kempen global daripaa UNIQLO untuk mendermakan lebih sejuta helai pakaian kepada komuniti yang memerlukan. Kempen ini mencerminkan falsafah atau matlamat utama UNIQLO, memulih mlah memperbaiki kehidupan harian masyarakat menerusi rekaan pakaian yang terhasil dengan ketelitian atau kehematan. Pakaian-pakaian UNIQLO yang menjalin makna dalam hal-hal sumbangan sosial. LifeWear lebih daripada sekadar pakaian, ia adalah suatu komitmen dalam mengusahakan ikhtiar untuk memperelok kehidupan semua orang. Lantas, kami berpegang teguh kepada aspek compassion, connection dan support in society.
Apakah impak yang UNIQLO sasar menerusi kempen ini?
Kami menghajati kempen global ini mampu membekalkan atau menyediakan keselesaan buat masyarakat Malaysia, terutama sekali mereka yang mengalami kesulitan hidup termasuklah keluarga B40, orang-orang pelarian, komuniti wanita yang terjejas oleh keganasan rumahtangga dan anak-anak kecil yang menghadapi penyakit-pentakit kritikal. Pendekatan oleh kami ini bertujuan untuk mencapai kesepakatan serta kerjasama, agar komuniti yang memerlukan ini mendapat bantuan yang diharapkan dan menjadi sebahagian daripada usaha memulihkan cabaran. Tambahan pula, kami bahu-membahu dengan organisasi-organisasi lokal yang memperkukuhkan diginiti kempen ‘heart of LifeWear’.
Apakah faktor yang menginspirasikan anda serta pasukan UNIQLO untuk merealisasikan inisiatif ini?
Itulah matlamat kami di sini. Senantiasa mahu memperelok kehidupan harian semua, seantero dunia. Persoalan “What makes life better?” menjadi rujukan kami, baik dari aspek pakaian mahupun sumbangan sosial. Kami mahu membangunkan legasi UNIQLO yang berkepanjangan terbabit dalam tanggungjawab sosial, sentiasa menjadi sebahagian daripada solusi buat komuniti-komuniti yang memerlukan.
Apakah organisasi-organisasi yang sudah bekerjasama dengan UNIQLO setakat ini?
Di Malaysia, sebahagian daripada inisiatif ‘Heart of LifeWear’, kami sudah mendermakan 15,034 AIRism Men, Women serta kemeja T Kids ke lima organisasi lokal: PERKESO (Social Security Organisation), UNHCR, The UN Refugee Agency, Malayia Relief Agency, Women Aid Organisation dan Rotary Club of Kuching Central. Organisasi-organisasi ini menyediakan kepakaran yang sangat berharga dan medium terbaik dalam menghubungkan kami dengan komuniti-komuniti yang memerlukan. Kolaborasi ini memastikan usaha kami sejajar dengan setiap sumbangan yang diagihkan.