Langgan

Lembaran Baharu Daripada Love, Bonito Yang Tampil Lebih Memukau!

Siap sedia untuk pengalaman membeli-belah di stor baharu Love, Bonito sempena musim perayaan ini.
2 minit untuk membaca
Published: January 24, 2025

Love, Bonito sebuah jenama fesyen yang meraikan gaya dan keselesaan harian. Jenama Singapura ini juga berhasrat untuk memperkasakan wanita Asia dengan rangkaian pakaian yang “Ready-to-live”, bukan sekadar ready-to-go. Rekaannya sesuai untuk setiap gaya hidup dan menampilkan keselesaan serta elegan.

Jenama ini mencatat satu lagi pencapaian penting dengan pembukaan semula stor utama mereka di Sunway Pyramid, berkonsepkan retail yang inovatif dan mesra pelanggan yang dilengkapi dengan ruang duduk yang selesa berhampiran bilik persalinan serta bahagian khas untuk denim. Stor utama ini menggabungkan elemen moden dalam reka bentuk kedainya.

Stor di Sunway Pyramid yang berkonsepkan mesra pelanggan
Stor Love, Bonito di Sunway Pyramid yang berkonsepkan mesra pelanggan

Sempena Tahun Ular, Love, Bonito memperkenalkan konsep tradisi moden yang menggabungkan elemen elegan dan praktikal. Koleksi ini direka khas untuk wanita Asia moden yang menjalani kehidupan yang sibuk, sempena hari perayaan. Koleksi ini turut menampilkan hadiah eksklusif seperti angpau prosperity, beg crescent dan scrunchie kitar semula.

Beg cresent sebagai salah satu hadiah eksklusif
Beg crescent sebagai salah satu hadiah eksklusif

Elemen utama dalam koleksi ini ialah cetakan eksklusif ‘Tossed Blooms' yang diinspirasikan oleh bunga peony yang memberi makna simbol kemakmuran. Cetakan ini boleh didapati dalam item-item fesyen dalam koleksi ini termasuklah blaus dan dress, serta skirt midi brocade high waist yang menampilkan corak bunga klasik.

Brocade High Waist Column Midi Skirt dan Cetakan 'Tossed Bloom' gaun
Skirt dan dress midi brocade high waist dalam cetakan 'Tossed Bloom'

Antara item lain yang diketengahkan ialah Crinkled Mandarin Collar Column Midaxi Dress dan Mandarin Collar Wide Leg Jumpsuit yang stylish menggunakan fabrik mewah dan rekaan yang sesuai untuk hari perayaan serta hari-hari biasa.

Crinkled Mandarin Collar Column Midaxi Dress dan Mandarin Collar Wide Leg Jumpsuit

Koleksi ini juga menawarkan pilihan pakaian yang sepadan untuk keluarga, dengan perincian renda 3D yang menambah elemen mewah. Antara rekaan yang menarik perhatian ialah Lace Square Neck Fit & Flare Maxi Dress, Lace Mandarin Collar Column Midaxi Dress, dan Kids' Unisex Broderie Relaxed Collared Shirt untuk ibu bapa dan anak-anak tampil sedondon.

Lace Square Neck Fit & Flare Maxi Dress, Lace Mandarin Collar Column Midaxi Dress dan Kids' Unisex Broderie Relaxed Collared Shirt
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down