Besti Club ditubuhkan oleh tiga besties dengan visi meraikan persahabatan sejati dan membina sebuah komuniti yang mampu memperkukuh ikatan antara sahabat. Bermula dengan beg tangan pada Januari 2024, kini mereka berkembang dengan menawarkan koleksi pakaian dan aksesori sambil mengekalkan beg tangan sebagai fokus utama.
- Apakah yang menginspirasikan anda dalam mencipta koleksi ini?
The Wander diilhamkan oleh kecintaan kami terhadap perjalanan, ketenangan dan keinginan untuk mencipta rekaan yang abadi dan praktikal - ideal untuk besties bawa bersama dalam setiap pengembaraan atau percutian.
- Siapakah muse atau figura utama bagi koleksi ini?
Simon Porte Jacquemus sentiasa menjadi inspirasi utama. Kehebatannya dalam membangunkan jenama Jacquemus menjadi fenomena global dan rekaan beg ikoniknya memberi inspirasi kepada kami untuk mencipta beg yang serba boleh dengan gaya tersendiri.
- Apa fokus utama atau perincian khusus yang anda ingin tonjolkan?
Setiap rekaan disesuaikan untuk pengembaraan bersama besties! Kami menyertakan elemen praktikal seperti rekaan yang mudah dipakai, bahan yang ringan dan poket! Kompartmen tambahan menjadikan beg tersebut dapat memudahkan penyusunan barangan, sempurna untuk dibawa dan dipakai ke mana sahaja.
- Apakah ‘behind the scene story’ yang boleh diceritakan dalam proses penghasilan?
Prosesnya bermula dengan banyak sesi perbincangan dan lakaran, kami memilih lima warna yang mudah dipadankan dengan apa sahaja pakaian. Akhirnya, hasil beg itu menjadi seperti yang kami bayangkan, sesuatu yang cantik dan praktikal. Tagline ‘the adventure begins’ menggambarkan perjalanan kami dalam merealisasikan koleksi ini.
- Apakah matlamat atau impian jangka panjang di masa hadapan?
Bestie Club baru dilancarkan tahun ini dengan impian besar untuk membuka kedai fizikal dan mencipta ruang di mana besties boleh berbelanja dan bersantai bersama. Kami juga berhasrat untuk berkembang, mencipta lebih dari sekadar beg harian (mungkin beg bagasi pada masa hadapan!). Dream big!
Seleksi Editor
The Wander Bag
Dalam rona sage
The Wander Bag
Dalam rona blush
*Baca artikel lengkap menerusi majalah ELLE isu Disember di pasaran. Gambar dari Bestie Club.