Koleksi Ice Cube memancarkan sinar yang lebih memukau dengan sentuhan cahaya. Ia mampu menyinari anda dari dalam dan luar sepanjang masa, menampilkan keanggunan emas 100 peratus beretika. Koleksi ini menawarkan gaya bertindan, membolehkan anda menggabungkan tiga jenis emas bersama versi berlian. Rekaan geometrinya yang berbentuk segi empat diilhamkan daripada kiub ais. Caroline Scheufele, jiwa kreatif di sebalik Chopard, mencipta visi ini dan menghidupkannya melalui kehalusan seni bengkel-bengkel Chopard.
PILIHAN UNTUK SETIAP GAYA
Berani dan serba boleh, koleksi Ice Cube dari Chopard melengkapkan setiap gaya, tidak kira siang atau malam kerana anda pasti tidak mahu menanggalkannya! Terdiri daripada gelang, cincin, loket dan anting-anting, koleksi ini menambah seri malah lebih mewah apabila digandingkan dengan jam tangan Alpine Eagle. Padankan dengan turtleneck hitam klasik seperti Bella Hadid, gaya santai dengan jean dan kasut sukan atau sut pereka yang elegan, koleksi ini boleh menjadi elemen penting dalam setiap penampilan anda. Sama ada dipakai secara solo untuk penampilan minimalis atau digayakan bertindan untuk sentuhan lebih berani, jawapan kepada soalan abadi, “Apa yang harus saya pakai?” kini jelas: satu atau lebih item daripada koleksi Ice Cube.
ESTETIK DAN BERETIKA
Sama ada menerima, memberi atau memanjakan diri dengan seutas perhiasan dari koleksi Ice Cube, ia bukanlah sesuatu yang terjadi secara kebetulan, terutamanya jika anda peka terhadap alam sekitar. Seperti semua ciptaan jam tangan dan perhiasan Chopard sejak 2018, koleksi ini dihasilkan daripada emas 100 peratus beretika, diperoleh daripada pembekal yang bertanggungjawab dan memenuhi piawaian sosial dan alam sekitar antarabangsa yang tertinggi, dengan perhatian khas diberikan kepada komuniti perlombongan artisan kecil. Perhiasan yang seindah rupa luarannya, seindah juga pada dalamannya.
MODEN TETAPI BERTRADISI
Selama lebih daripada 160 tahun, kepakaran Maison Chopard telah diiktiraf secara global dalam penciptaan Jam Tangan Halus dan Haute Joaillerie. Untuk koleksi Ice Cube, teknik finishing yang paling canggih telah digunakan. Hasilnya: keseragaman dan ketepatan matematik. Sepertimana halnya dengan setiap perincian, kerja penggilapan yang teliti dilakukan secara manual oleh penggilap artisan jenama ini – pewaris kepada kemahiran yang diperoleh melalui bertahun-tahun latihan.
ARKITEKTUR URBAN
Rekaan geometri yang bersifat sculptural dan ikonik dalam koleksi Ice Cube melambangkan keanggunan bandar moden dengan cara yang elegan. Dari Paris ke New York, Shanghai sehingga Seoul, setiap rekaannya menyerlahkan estetika kontemporari. Seperti muka bangunan titanium Muzium Guggenheim di Bilbao yang berkilau seperti emas cair ketika hujan, Ice Cube ibarat seni bina yang bermain dengan cahaya.
BARANG KEMAS SEBAGAI KARYA SENI
“Less is more”, ungkap bapa minimalisme Ludwig Mies van der Rohe mengenai visi arkitekturnya. Begitu juga dengan Ice Cube. Kiub ais yang sederhana adalah inspirasi untuk koleksi halus ini. Tidak pernah sebelum ini koleksi perhiasan begitu tepat meggambarkan pergerakan seni.
MERIAH SEPENUHNYA
Bayangkan jika hidup adalah sebuah pesta tanpa henti. Koleksi Ice Cube menjadi lambang joie de vivre – semangat hidup yang bebas, positif dan penuh kegembiraan. Ia uniseks, tanpa batasan dan sesuai untuk setiap momen. Sama ada anda menari sepanjang malam di Silencio Paris, berpesta di festival Coachella atau menikmati detik santai, Ice Cube adalah jemputan untuk merayakan setiap hari dengan gaya dan keyakinan.
Kredit Foto
Fotografi Laurie Bartley
Penataan Gaya Benedetta Dell’Orto Zineroni Casati
Dibantu oleh Adele Baracco
Solekan Camille Lutz @ Walter Schupfer Management
Dandanan Leon Gorman @wm management for bumble and bumble it
Rias kuku Julie Areslanian @Airport agency
Model: Jeanne Zheng @ Premium models, Arina Lush @ Silent models dan George Godspower @ Girl MGMT
Produksi: Artsphere
Gambar barang kemas: Fédéral-Studio dan Chopard
Terjemahan: Sarah Hani Jamil