Pasti anda sudah melihat koleksi hujung tahun edisi terhad pilihan kami pada minggu yang lalu, bukan? Trust us, we have more! Kemeriahan hujung tahun diserikan dengan pelbagai produk sedia ada yang hadir dengan bungkusan istimewa bagi merai hujung tahun. Tidak ketinggalan buat anda yang ingin berkongsi kebahagiaan dengan saling bertukar hadiah bersama teman-teman serta keluarga tersayang!
Daripada produk penjagaan wajah, tubuh hinggalah ke haruman, kesemuanya adalah keperluan penting di dalam rutin kecantikan setiap wanita dan lelaki. Lihat senarai jenama pilihan ELLE yang menampilkan koleksi hujung tahun paling edisi terhad cantik dalam siri kedua kami kali ini.
Koleksi Hujung Tahun Edisi Terhad Pilihan ELLE
Clé de Peau Beauté Eye Color Quad
Empat rona yang cukup versatil disatukan di dalam palet indah koleksi hujung tahun edisi terhad 2024 oleh jenama Clé de Peau Beauté ini. Mengambil inspirasi daripada objek indah yang dijumpai di dalam lautan. Warna-warna yang dicipta ini bukan sahaja akan membuatkan seluruh solekan tampil begitu elegan tetapi kemasan yang diberikan turut menjadikan mekap menjadi sempurna dengan pantulan cahaya yang berseri-seri.
Le Labo Eau De Parfum Discovery Set 3x5ml
Bak kata Pierre Corneille, "Adab memberi lebih bernilai daripada sesuatu hadiah itu". Maka, Le Labo menghadirkan koleksi hujung tahun yang cukup istimewa. Kami memilih koleksi ini kerana ia menghadirkan tiga haruman klasik dan paling digemari ramai. Harumannya adalah ANOTHER 13, SANTAL 33 juga THÉ MATCHA 26. Berbicara tentang pemberian hadiah, Le Labo turut menyediakan servis pilihan customizable gift wrapping seperti kotak bercetak dan riben, balutan kain bandana, cottton drawstring pouch juga personalizable vintage gift tag!
Bath & Body Works
Tidak lengkap rasanya sambutan perayaan hujung tahun tanpa menikmati haruman yang menggambarkan mood ini. Semestinya setiap koleksi Bath & Body Works ini menjadi kegilaan setiap peminatnya yang tersendiri. Seperti kami juga yang gemarkan koleksi istimewa hujung tahun mereka ini. Pastikan anda mendapatkan haruman Vanilla Bean Noel, Twisted Pepper Mint juga Winter Candy Apple. Tiga haruman dengan nota aroma yang cukup menyegarkan.
Innisfree Green Tea Seed Hyaluronic Serum Special Set
Jenama kecantikan Korea ini hadir dengan set istimewa untuk koleksi hujung tahun 2024. Salah satu set pilihan kami adalah koleksi yang hadir dengan Green Tea Seed Hyaluronic Serum. Sebuah serum yang memberi lembapan maksimum yang dihasilkan daripada ramuan teh hijau dan asid hialuronik. Koleksi ini turut tampil dengan produk versi mini Green Tea Seed Hyaluronic Cream bersama serum ekstra sebanyak 15ml.
M·A·C Golden Girls Mini Lustreglass Lipstick Vault
Untuk anda yang gemarkan gincu bibir, pastikan anda berkunjung ke butik M·A·C dan segera membeli-belah koleksi hujung tahun edisi terhad ini. Mewah dalam kelalang rona emas memberikan suntikan glamor. Lebih-lebih lagi koleksi ini menempatkan 12 gincu bibir bersaiz mini, dengan rona-rona yang sesuai digayakan buat solekan harian juga acara istimewa!