Langgan

"Lambang Kebanggaan" G-SHOCK Bersama Selangor FC

G-SHOCK Malaysia mengeluarkan 1000 unit edisi khas jam tangan Lambang Kebanggaan bersama Selangor FC
1 minit untuk membaca
Published: December 2, 2024

Casio Malaysia memperkenalkan kolaborasi khas bersama Selangor Football Club (SFC) menerusi koleksi DW-5600SFC24-4 yang diberikan sentuhan eksklusif. Koleksi yang diberi nama "Lambang Kebanggaan" ini dikeluarkan bersempena kerjasama dua jenama mega ini sejak tahun 2003.

"Lambang Kebanggaan" dipilih sebagai nama koleksi ini berdasarkan inspirasi semangat pasukan bola sepak ini. Ia juga seiring dengan moto pasukan Selangor FC iaitui "Merah Kuning Lambang Kebanggan". Semangat yang dikutip sebagai gabungan kolektif pemain bola, pasukan pengurusan, peminat bola sepak dan penyokong Selangor FC khususnya.

Cukup unik dengan pilihan warna bendera negeri Selangor iaitu merah dan kuning - jam tangan ini dicipta seiring dengan simbolik kekuatan, semangat dan menyerlah dengan cara yang tersendiri pada warna merah. Keagungan, kebijaksanaan dan kemegahan pula ditafsir pada perincian berwarna kuning yang cukup menyerlah.

Menurut Yuki Mutsui iaitu Pengarah Urusan Casio Malaysia, koleksi ini diciptakan bagi meraikan komuniti sukan bola sepak yang sentiasa menjadi tulang belakang sukan ini terus hidup di Malaysia. "Kami berbangga menjadi rakan jenama yang menyokong The Red Giants sejak tahun lalu. Kolaborasi ini bergerak sebagai kelangsungan kejayaan pada musim lalu yang akan berterusan pada musim menadatang."

Tambahnya lagi "Apa yang menjadikan kolaborasi ini cukup istimewa adalah kerana ia meraikan komuniti lengkap sukan bola sepak. Tidak hanya pemainnya tetapi juga bergerak sebagai sokongan bersama penyokong sukan ini terutama sekali Selangor FC."

Edisi DW-5600SFC24-4 "Lambang Kebanggaan" ini diciptakan dengan kuantiti 1000 unit sahaja di Malaysia. Kolaborasi ini menyerlahkan rekaan yang distingtif. Setiap pembelian datang dengan bekas istimewa dan beg sandang drawstring dengan rekaan logo G-SHOCK yang ikonik.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down