Hujung tahun sudahpun tiba dan ini bermakna, acara berkongsi dan bertukar hadiah juga semakin rancak dirancang sesama kita. Malah, jenama-jenama kecantikan juga sudah mula berkongsi koleksi edisi terhad mereka buat tahun ini. Sudah tentu tidak sabar untuk mendekati setiap tema dan inspirasi koleksi tahun ini. Dan juga, advent calendar!
Advent calendar semakin popular dan kini menjadi pilihan ramai dalam bertukar hadiah (atau juga dihadiahkan buat diri sendiri!). Kami juga menjadi tidak sabar untuk menunggu tibanya hujung tahun untuk melihat setiap dekorasi advent calendar daripada jenama-jenama kecantikan global.
Apa yang menarik buat tahun ini, ada jenama t yang muncul dengan koleksi advent calendar buat kali pertama seperti Shiseido Professional buat rangkaian SUBLIMIC. Malah ada beberapa jenama kecantikan lagi yang tampil dengan koleksi Holiday 2024 dengan inspirasi dan rekaan yang cukup menarik. Ayuh lihat koleksi edisi terhad pilihan ELLE!
#1 Aesop Screen 3
Mengambil penghormatan daripada wayang dan perfilman, Aesop tampil dengan tiga koleksi hujung tahun 2024. Diberi nama Screen 1, Screen 2 dan Screen 3, setiap koleksi ini hadir dengan produk berfomulasi bintang daripada jenama ini. Pilihan kami, Screen 3, yang menampilkan trio hebat Resurrection Aromatique Hand Wash, Geranium Leaf Body Cleanser dan Eleos Aromatique Hand Balm.
#2 Shiseido Professional SUBLIMIC Advent Calendar
Bersempena ulang tahun yang kelima, SUBLIMIC daripada Shiseido Professional menghasilkan advent calendar istimewa buat koleksi hujung tahun mereka. Set edisi terhad ini hadir dengan lima produk bersaiz kembara yang premium dan lengkap sebagai esensi penjagaan rambut buat anda yang sukakan segalanya on-the-go.
#3 Dyson Supersonic Nural™ Hair Dryer Strawberry Bronze & Blush Pink Edisi Terhad
Pengering rambut pintar daripada Dyson menggunakan teknologi sensor Nural™. Ia berfungsi dalam mengukur jarak di antara alat peranti dan kulit kepala langsung mengekalkan kadar suhu pada 55 darjah demi melindung dan mengekalkan kesihatan kulit kepala juga rambut. Lebih menarik, untuk koleksi edisi terhad hujung tahun ini, ia hadir dalam rona istimewa iaitu Strawberry Bronze juga Blush Pink!
#4 Sunday Riley Day + Night Bright
Kami sukakan segalanya tentang jenama Sunday Riley. Apatah lagi pada minyak mukanya yang ikonik! Sempena hujung tahun ini, Sunday Riley memperkenalkan koleksi edisi terhad penuh riang. Antaranya, set duo minyak muka buat pagi dan malam. Siapa pengguna setia Sunday Riley, pasti akan tahu keberkesanan C.E.O. Glow Vitamin C + Turmeric Face Oil dan LUNA Sleeping Night Oil yang menakjubkan ini!
#5 Drunk Elephant Trunk 8.0
Packed with full-sized favourites, anda pasti tidak akan menyesal untuk mendapatkan koleksi edisi terhad daripada Drunk Elephant ini. Kesemua produk hadir dalam saiz sebenar, bagasi ini adalah idaman semua peminat kecantikan. Hadir dengan 10 produk bestsellers serta beberapa produk saiz mini dan samples.
#6 Carolina Herrera Good Girl Collector EDP 80ml
Good Girl Sparkling Ice tampil cukup klasik dalam kelalang berbentuk stiletto. Musim ini hadir ekstra istimewa kerana diserikan lagi dengan perincian seperti snowflake di bahagian tumit haruman ini. Wangian dengan nota jasmin, koko dan almond bersama nota kacang tonka serta kopi ini membuatkan ia sebagai haruman misteri, manis dan sensual sesuai buat wanita yang merai glamor.
#7 Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540 Perfume Ritual
Musim ini diraikan dengan penuh girang dan tidak ketinggalan dengan jenama ini juga. Pelbagai latar dan inspirasi disuntik dan dijadikan sebagai tema koleksi hujung tahun ini. Pilihan kami adalah koleksi Baccarat Rouge 540 Perfume Ritual. Menampilkan koleksi haruman ikonik dan mampu membantu anda meneroka haruman terbaik daripada jenama ini.