Menghargai waktu tidak hanya pada ketepatan masanya tetapi juga pada penghasilan hasil kerja halus seni tangannya. Selain dail yang menjadi titik tumpu, tali daripada rekaan kulit buaya sentiasa ada penggemarnya.
Saat pandang pertama mata sudah tertumpu pada tali kulit buaya berwarna merah jambu ini. Dengan nombor roman warna pelangi, menambah erti keberanian buat si pemakai. Jam tangan Ladybird Colors Phases de Lune daripada Blancpain.
Tali kulit buaya berwarna biru memberi penegasan pada gayanya. Dail direka dengan tidak mengikut paksi konvensional memberi sentuhan tersendiri dan unik pada penghasilan jam tangan ini. Komplikasi yang cukup lengkap dengan berlian dan bazel nilam. Jam tangan Piaget Polo Skeleton High Jewellery Watch.
Rekaan klasik dengan diameter 26 mm dibaluti dengan bezel rona emas yang diukir dengan logo yang cukup ikonik. Dail hitam dengan tekstur pada permukaannya dilengkapkan dengan tali kulit buaya berwarna hitam. Jam tangan Bvlgari Bvlgari.
Pesona pada tali berwarna ungu ini pasti menarik minat siapa saja yang memandangnya. Tekstur mutiara membaluti bazel berwarna ungu nilam menjadi tarikannya dengan saiz 33 mm edisi ini memukau pandang. Jam tangan Chopard Happy Sport Joaillerie.
Penyatuan dua budaya dalam satu seni pembuatan jam tangan menerusi siri Métiers d’Art kali ini mengambil simbol ular diukir pada dail. Tali istimewa kulit buaya menambah estetika pada jam tangan ini yang dibuat dalam kuantiti terhad. Jam tangan Constantin Métiers d’Art siri The Legend of Chinese Zodiac - Year of Snake.
Cukup timeless dan elegan - Longines sentiasa memastikan kesempurnaan dalam setiap pembuatan jam tangannya. Model ini dikuasakan dengan kaliber l888.5 yang turut dilengkapkan dengan silikon spring yang mengimbangi komponen pada material dan emas kuning 18 k pada permukaannya. Jam tangan Longines Master Collection (34 mm).