Kurang daripada 50 hari sahaja lagi untuk menuju ke tahun 2025, dan mood percutian kini kian makin terasa! Tak lengkap musim cuti tanpa terfikir untuk bersantai di pantai atau terbang ke destinasi impian.
Inilah masa terbaik untuk nikmati gaya hidup dan haruman yang tepat. Haruman bernotakan fresh, tenang, seksi dan woody pasti jadi kegemaran anda musim cuti ni. And of course, Vanila adalah pilihan paling tepat dan serasi.
Vanila kini lebih daripada sekadar manis, ia dianggap seksi, segar dan yang paling penting, baunya yang cukup memikat. Jadi, buat anda yang tercari-cari haruman yang meningkatkan keyakinan diri anda sebegini, dekati lima wangian Vanila pilihan ELLE yang wajib anda cuba!
Ini Senarai Wangian Aroma Vanila Buat Si Dia Terpikat Pada Anda!
- Giorgio Armani Si Passione Intense Eau de Parfum
Gambar: armanibeauty.com.my
Wangian ini dimulakan dengan nota pir yang segar, memberi sentuhan ceria dan ringan yang menyegarkan. Dilengkapi dengan bunga melati yang kaya dan memikat, serta sentuhan vanila lembut yang mencipta keseimbangan sempurna antara sensualiti dan kelembutan yang tahan lama.
- Yves Saint Laurent Libre Eau de Parfum
Gambar: yslbeauty.com.my
YSL Libre memberi kesan pertama dengan sentuhan bunga yang kuat dan menggoda, sempurna untuk malam yang penuh misteri. Dari nota pertama yang segar dan berani, ia beralih kepada kehangatan vanila yang memikat, meninggalkan jejak yang elegan dan tahan lama.
- Burberry Goddess Eau de Parfum
Gambar: my.burberry.com
Burberry Goddess adalah wangian gourmand yang penuh keistimewaan. Tiga nota vanila yang kaya menghasilkan haruman krimi dan hangat, ditambah dengan sentuhan Lavender yang elegan setiap kali disembur.
- Billie Eilish Eilish Eau de Parfum
Gambar: sephora.my
Hanya melihat pada kelalang rona gangsa yang cantik, wangian ini terus memikat perhatian. Dengan nota Vanila dan kasturi yang hangat memberikan haruman yang nyaman, seolah-olah melengkapkan vibe musim cuti yang menyenangkan.
- Gucci Flora Gorgeous Orchid Eau de Parfum
Gambar: sephora.my
Gucci Flora ini memang pilihan tepat. Harumannya manis dan penuh nostalgia, tapi tetap ringan dan sesuai dipakai pada apa jua acara. Gabungan nota Vanila dan Orkid Vanila diperkaya dengan sentuhan Marine Ozonic yang memberi keseimbangan pada keharuman ini.