‘Hi team, i’ll be on leave from….’ dikhabarkan di emel untuk staf, mendekat sudah detik rasa bebas di pejabat. Peluang untuk serikandi korporat melapor diri, laram bergaya dalam imej-imej corpcore kerja yang lari daripada kebiasaan! Oh, semua gaya kali ini tak perlu bercelana, ya.
Menampilkan lembaran fesyen ELLE Malaysia bulan Oktober 2024 - 'Anekdot Korporat!' Membentangkan sepuluh ilham gaya kerja atau korporat yang berupa segar, dengan kombinasi rona, corak, mainan aksesori serta padanan siluet. Mungkin sebelum bermulanya cuti panjang hujung tahun nanti, curi masa yang ada untuk menampilkan impak pada penggayaan diri dan menjadi butir bicara teman-teman sekerja anda?
THE NEW NOIR
Cara terbaik menggayakan helaian corpcore serba-serbi, sekata rona hitam? Pilih tekstur yang bebeza. Misalnya, suai padan tekstur material kait dengan material kulit.
Baju dan skirt daripada Versace. Rantai dan gelang tangan daripada FRED. Beg tangan daripada TOD’S. Kaca mata daripada Gentle Monster. Kasut but daripada Emporio Armani
SHE’S A HOTSPOT!
Bintik polka untuk gaya corpcore? Mengapa tidak. Penggayaan yang menjadi biji butir bicara kalangan rakan sekerja lain. Jadilah watak utama di pejabat!
Blaus dan skirt daripada MSGM. Beg silang daripada Maison Kitsune. Kasut sarung daripada Sandro
CURI TUMPUAN
Lagaan corak geometri penuh, namun berbeza rona dan skala mampu menambat perhatian. Corak genggang makro dibalas corak petak mikro adalah langkah berani si serikandi korporat corpcore.
Blazer, skirt mini, aksesori dan beg tangan daripada kate spade new York. Kemeja dalam daripada Sandro. Kasut tumit tinggi daripada Manolo Blahnik
WORK OR PLAY?
Dress koktel longgar juga bisa digayakan untuk pergi kerja, bermain dengan penataan (seperti pakai kemeja di dalam) agar tampil versatil.
Dress koktel, seluar sendat dan kasut daripada Miu Miu. Kemeja putih milik penata gaya. Gelang tangan, cincin dan rantai daripada FRED
USANG DIBARUI
Sut oversized berona terang untuk urusan formal? Tidak ada isu. Mencerminkan keberanian dalam dunia baharu korporat.
Blazer, kardigan dan skirt daripada BOSS. Kemeja daripada COACH. Kasut tumit tinggi daripada Sandro. Subang telinga daripada Emporio Armani
SIMBAHAN PUTIH
Serba putih adalah rona korporat yang baharu. Tiada lagi keasyikan rona gelap seperti hitam atau kelabu… lantas, menambah kemanisan dalam penampilan.
Baju, skirt, kasut but, beg tangan, cincin dan subang telinga semuanya daripada Dior
DUA DIMENSI
Skirt pensil material kulit adalah ceraian terbaik untuk imej corpcore. Barangkali bagi melembutkan gaya, padankan bersama baju kait semi formal.
Baju kait daripada Sandro. Skirt material kulit daripada MSGM. Tali pinggang rantai emas daripada Elisabetta Franchi. Rantai daripada FRED. Kaca mata daripada Gentle Monster. Kasut sarung daripada TOD’S
NADA MAKSIMA
Kontras siluet atas bawah, namun sarat corak. Mengenakan siluet sharp dengan padanan skirt lembut, mencadangkan lagaan penampilan gaya yang maksima.
Blazer, skirt dan topi daripada Emporio Armani. Gelang tangan, cincin dan subang telinga daripada FRED. Kemeja putih milik penata gaya
BAK SI NERDA
Imej preppy ala gadis kolej juga bisa diketengahkan sebagai gaya bekerja corpcore. Apalagi kalau sekadar baju kait dress bersaiz besar dan digayakan minimal. Quite cool!
Dress kait dan subang telinga daripada Elisbetta Franchi. Kemeja putih dan tali leher rambut palsu milik penata gaya. Kasut daripada All Saints
KLASIK KORPORAT
Barangkali buat serikandi corpcore yang mahu kekal tradisional. Namun, cuba bermain dengan rona playful. Biar salur tenaga baharu dalam penggayaan.
Jaket dan skirt daripada Tory Burch. Kemeja putih, seluar sendat hitam dan tali leher rambut palsu milik penata gayaPengarang Pengurusan & Penataan Gaya : Ardi Idewani | Pembantu Penyelaras : Athirah Zahra | Arahan Seni : Iera Nadzlim | Fotografi : Chuan Looi dari Yipieyaya Studio | Pembantu Studio : Muhaimin | Solekan : Ahmadani | Dandanan : Yusof Ruzaimi | Model : Elana Nair (ThemodelslabKL)