Langgan

Wajib Kunjungi: Coach Play APW, Hotspot Terhangat di Bangsar

Masa untuk merancang hujung minggu anda di lokasi terbaru yang paling hangat di kota!
3 minit untuk membaca
Published: October 24, 2024
The Coach Tabby Shop

Sekiranya anda belum mendengarnya, Coach Play APW kini dibuka secara rasmi di Bangsar, menawarkan pengalaman membeli-belah yang inovatif dan imersif di kawasan kejiranan ini. Dikenali dengan koleksi pakaian yang diinspirasikan daripada tradisi New York, Coach yang bermula sebagai bengkel kulit kini telah berkembang menjadi simbol kebebasan dan keunikan Amerika.

Menggabungkan ketukangan tradisional dengan elemen kontemporari, Coach Play APW adalah kedai konsep yang diinspirasikan oleh warisan New York serta tenaga dinamik Kuala Lumpur. Ini adalah lokasi Coach Play kedua di Malaysia, selepas pelancaran pertama di Ipoh pada awal tahun, memperlihatkan eksplorasi jenama ini ke dalam pengalaman retail yang memukau pancaindera.

Dekorasi dalam Coach Play APW

Selaras dengan semangat Coach yang menggabungkan warisan dengan budaya tempatan, Coach Play APW berkolaborasi dengan A Place Where (APW), sebuah bekas kilang percetakan yang kini berubah menjadi hab gaya hidup kreatif di Kuala Lumpur. Meliputi 3,280 kaki persegi, lokasi ini memadukan bahasa visual ikonik Coach dengan sentuhan seni cetakan APW, mencipta pengalaman imersif yang tersendiri di pelbagai zon.

Pengalaman Dalam Kedai

Poster retro di bahagian reception

Sebaik sahaja melangkah masuk, pengunjung akan disambut dengan palet warna hangat yang mengingatkan pada waktu senja di New York, serta iklan arkib Coach dan elemen kulit yang menghargai legasi jenama ini. Kawasan reception dihiasi dengan poster retro yang meraikan sejarah Coach dan APW. Para pelanggan juga boleh membawa pulang poster ini sebagai cenderahati eksklusif.

Pengalaman Interaktif Global Pertama

Screen-Printing service

Coach Play APW memperkenalkan perkhidmatan Screen-Printing interaktif pertama di dunia. Pengunjung boleh membeli T-shirt atau beg tote dan menyesuaikannya dengan salah satu daripada sepuluh reka bentuk serta empat warna pilihan yang diilhamkan oleh iklan arkib Coach. Proses ini mengambil masa selama 15-20 minit, mencipta karya seni yang unik dan menghargai seni cetakan saring.

Bilik Archive

Di Archive Room koleksi hasil kulit Coach dipamerkan bersama seni cetakan APW, setem tempatan, dan grafik dari Muzium Akhbar Diraja di Melaka, yang turut disertai dengan kandungan digital untuk memperkayakan pengalaman sejarah dan warisan.

Pengenalan Coachtopia

Kawasan Coachtopia

Buat pertama kalinya di Malaysia, Coach memperkenalkan Coachtopia, koleksi produk lestari yang dihasilkan daripada bahan kitar semula, terpakai, dan boleh diperbaharui, termasuk kulit beg Coach. Koleksi popular seperti beg Ergo dan Wavy Dinky dilengkapi dengan cip NFC yang membolehkan pelanggan mengimbas dan mengetahui lebih lanjut tentang bahan dan ketukangan di sebalik setiap beg. Reka bentuk Coachtopia yang berani dan penuh warna sesuai dengan semangat rebel Gen Z. Malah, perabot di kawasan Coachtopia juga diperbuat daripada bahan lestari seperti Innocra dan kulit kitar semula Coach.

Hotspot Paling Trendy di Bandar

Coach Play APW
The Coach Coffee Shop

Coach Play APW turut menampilkan The Coach Coffee Shop, sebuah tafsiran playful kedai makan dari New York. Menawarkan tempat duduk dalaman dan luaran untuk 60 tetamu, ia merupakan Coach Coffee Shop terbesar di dunia. Kafe ini menyajikan sarapan sepanjang hari, sandwic, pastri, dan pencuci mulut dengan citarasa Amerika, semuanya disediakan segar di lokasi.

Antara menu istimewa: Sandwic Pastrami, Roti Ricotta dengan madu dan garam laut, cruller berlapis maple, serta cinnamon roll. Setiap minuman dihidangkan dengan ais berbentuk 'C' ikonik Coach, memberikan sentuhan unik kepada pengalaman menjamu selera. Di sini, barangan edisi terhad dari Coach Coffee Shop seperti T-shirt, beg tote, topi, dan pin enamel juga boleh dibeli sebagai kenang-kenangan.

Lokasi: A Place Where by APW, C-01, 29 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad, 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down