Langgan

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Album Terbaru Dayang Nurfaizah (Setakat Ini!)

Dayang Nurfaizah Bakal meghadirkan album penuh Pop terbarunya berjudul Janji
2 minit untuk membaca
Published: October 13, 2024
Imej yang mejadi teaser pertama pengumuman album terbaru Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah hadir di persada muzik Pop tempatan dengan pesona yang tersendiri. Sejak awal muncul memikat pendengar tempatan menerusi album pertama yang diedarkan pada tahun 1998 dengan single "Hakikat Cinta" dan "Kembalilah Sayang" - Dayang terus menyinar sebagai bakat baru yang dilihat memiliki potensi besar ketika itu.

"Seandainya Masih Ada Cinta" menjadi pertaruhan seterusnya yang meletakkan nama Dayang sebaris penyanyi establish sedia ada seperti Ziana Zain, Siti Nurhaliza dan Nora antaranya. Peralihan muzik Pop Dayang dengan pengaruh R&B benar-benar menjadikan dia cukup tersendiri tanpa dibayangi mana-mana penyanyi sedia ada.

Hari ini setelah lebih dua dekad dengan barisan lagu-lagu popular dan album-album penuh yang sudah membahagiakan penggemarnya, Dayang Nurfaizah tidak lagi mahu memperlahankan langkah bermuziknya, dia bakal hadir dengan album terbaru November nanti.

Cover single pertama berjudul "Lemah"

"JANJI" SEBAGAI JUDUL ALBUM

Kali terakhir muncul dengan single Pop bersama Amir Masdi berjudul "Debu" - Dayang setelah itu memberi fokus kerjayanya dengan projek "Belagu" dan "Belagu II" sebagai apresiasi muziknya terhadap pengkarya terdahulu. Tahun ini dia kembali dengan album Pop berjudul "Janji" yang bakal diedarkan November nanti.

Menerusi posting Dayang di Instagram awal minggu ini dia mengumumkan lagu berjudul "Lemah" akan menjadi single pertama. Lagu yang pastinya datang dalam jaluran muzik Balada ini dinantikan oleh penggemar Dayang yang sudah terlalu lama menantikan single Balada daripadanya.

Kulit album album "Janji" arahan seni oleh Abidin Khairul / Gambar: Aaron Lee

"Janji" akan diisi dengan 13 lagu kesemuanya dengan kejutan manis rakaman semula "Hakikat Cinta" yang pernah dirakamkan Dayang menerusi album pertamanya yang diedarkan pada tahun 1998. Selain itu, awal tahun ini Dayang turut menyatakan nama Aisha Retno sebagai salah seorang komposer yang akan menghasilkan lagu menerusi album terbaru ini.

Ajai satu lagi nama yang mengisi album terbaru Dayang Nurfaizah. Menerusi konsert Ajai & Friends yang lalu Ajai mengumumkan projeknya bersama Dayang ini menampilkan lirik terkahir yang sempat ditulis oleh arwah Iman Imran yang sebelum ini pernah menulis lirik bagi lagu "Di Pintu Syurga".

Lagu yang judulnya diberi "Mencintai Cinta" akan menjadi pengisian utama album ini. Lebih istimewa, Dayang Nurfaizah turut mengumumkan pra-jualan CD album "Janji" akan mula dibuka pada 11 Oktober ini.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down