Langgan

Koleksi Musim Luruh 2024 Calvin Klein Menginspirasi Anda Menjadi Versi Terbaik Diri

Keperluan untuk keselesaan harian.
Oleh | TERJEMAHAN Sarah Hani Jamil
2 minit untuk membaca
Published: October 7, 2024
Baju dalaman; blazer; seluar jeans; kasut; stokin, CALVIN KLEIN.

Terkenal dengan kempen-kempen ikonik yang menampilkan bintang-bintang Barat seperti Kate Moss dan Justin Bieber serta selebriti Asia seperti NewJeans dan Bright Vachirawit, tidak menghairankan apabila Calvin Klein memilih pelakon ternama Greta Lee sebagai wajah terbaharunya. Diarahkan oleh pengarah tersohor Mert Alas, kempen ini memperlihatkan pelakon 'Past Lives' itu memancarkan aura santai dan bebas, menjalani harinya dengan penuh keyakinan dalam rekaan eksklusif Koleksi Musim Luruh 2024 Calvin Klein.

Diilhamkan oleh tenaga dinamik kehidupan bandar, Greta tampil bergaya dalam rangkaian pakaian loungewear yang memancarkan imej gaya santai dan effortless. Selain menonjolkan helaian denim ikonik dan siri Modern Cotton, pengenalan semula rekaan renda Calvin Klein turut menyuntik elemen sensual ke dalam koleksi ini. Diiringi muzik bertenaga 'We Got the Beat' oleh Go-Go’s, pakaian asas yang kekal relevan ini diberi nafas baharu, disegarkan oleh semangat pemakainya.

“Menjadi sebahagian daripada kempen ini amat bermakna bagi saya kerana ia membolehkan saya benar-benar tampil sebagai diri sendiri dan menerokai sisi peribadi yang belum pernah saya tunjukkan sebelum ini,” kata Greta. “Bekerja dengan Mert dan pasukan Calvin Klein, dan mengenakan hampir keseluruhannya pakaian dalam, saya merasai keyakinan, kekuatan, dan rasa syukur yang mendalam terhadap kehidupan, keluarga, dan tubuh saya."

INTIMATES SERBA BOLEH


Koleksi Musim Luruh 2024 Calvin Klein memberikan nafas kontemporari kepada beberapa rekaan ikonik jenama Amerika ini. Pengenalan semula pakaian dalam sensual yang pernah menjadi ikon gaya awal 2000-an kini hadir dengan reka bentuk renda yang lebih rumit, disertai regangan yang selesa, termasuk beberapa helaian yang menampilkan rekaan penuh Sheer Marquisette yang feminin. Sementara itu, koleksi Modern Cotton Air diperbaharui dengan gabungan modal ringan dan lapisan mesh untuk sokongan yang lebih bernafas dan selesa.

KEPERLUAN HARIAN

Bekerjasama dengan ELLE Singapura, model Aimee Cheng-Bradshaw memukau dalam siri visual yang mempesonakan, mengenakan loungewear ikonik Calvin Klein dan koleksi Black terbaru yang elegan. Dari saat bangun pagi dengan segar hingga menghadapi hari yang penuh cabaran, helaian Calvin Klein ini bukan sekadar pakaian asas—mereka adalah sebahagian daripada ritual harian Aimee, di mana keselesaan disatukan dengan gaya tanpa usaha.

Arahan Kreatif: CHARMAINE HO
Editor Digital: NAVIN PILLAY
Editor Kreatif Digital: JAYA KHIDIR
Editor Kreatif Digital Bersekutu: NOWO KASTURI
Pendandan Rambut: GREGO menggunakan KEUNE HAIRCOSMETICS
Jurugaya Solekan: RINA SIM menggunakan NARS
Pembantu Produksi: SYED ABDULLAH
Terima kasih khas kepada: QT Singapore

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down