Langgan

Siapa Michael Rider, Yang Menjadi Galang Ganti Hedi Slimane?

Hedi Slimane meninggalkan Celine dan jawatannya diambil oleh pereka asal Amerika... yakni Michael Rider
2 minit untuk membaca
Published: October 4, 2024

Perjalanan karier Michael Rider melayakkan posisinya sebagai pengarah artistik baharu untuk jenama Celine? Benar. Mengepal erat pengalaman sudah bertahun lamanya dalam lapangan fesyen, tidak hairan mengapa Michael dilantik untuk mengepalai jenama asal Perancis itu. 

Michael rider

Baru sehari sebelumnya kita dikejutkan dengan khabar pengunduran diri Hedi Slimane daripada jenama Celine dan tidak sampai dalam masa 24 jam, keluar pula pengumuman pereka asal Amerika pula yang mengambil alih jawatannya. Seperti kilat pantasnya pengumuman ini. Tidak sempat kita nak menjernihkan pemahaman kita mengapa Hedi menamatkan tugasnya di Celine, terus terbetik berita Michael Rider menggantikannya. 

Warta yang menggundahkan tentang pemergian Hedi bersemi menjadi persoalan dalam kotak fikiran pencinta-pencinta fesyen sedunia, “Adakah Hedi akan pergi ke Chanel?” Entahlah.

Celine secara rasminya menugasi Michael sebagai Pengarah Artistik bermula awal tahun 2025 nanti. Paradigma jenama Celine akan berubah? Mungkin. Michael menggalas tanggungjawab untuk menyelia semua koleksi Celine – daripada womenswear ke menswear, produk-produk material kulit, aksesori sehinggalah rekaan couture.

Michael Rider pernah berkhidmat untuk jenama Polo Ralph Lauren

Seperkara tentang Michael adalah dia bukannya tamu asing di rumah fesyen Celine. Michael pernah berkhidmat, malah bernaung di bawah Phoebe Philo sewaktu Phoebe memimpin Celine (sebelum Hedi). Pada masa itu, Michael berjawatan Pengarah Rekaan selama 10 tahun. Seperti yang dijelaskan oleh Severine Merle, Ketua Pegawai Eksekutif Celine, “Saya gembira menerima kedatangan semula Michael ke jenama Celine, sebuah maison yang dia kenal rapat.” Keeratan hubungan Michael dengan rumah fesyen Celine diyakini dapat menjanjikan warisan jenama tersebut tidak akan bertemu noktah. “Membangunkan sukses yang berpanjangan untuk maison Celine,” kata Severine. 

Selain Phoebe, apa lagi portfolio Michael? Dia mengait perjalanan karier fesyennya bermula di rumah fesyen Balenciaga dahulu, yang pada ketika itu diselia oleh Nicolas Ghesquiere. Michael malah, sebelum masuk semula ke jenama Celine, berjawatan Pengarah Kreatif untuk jenama Polo Ralph Lauren. Perca-perca pengalamannya begitu utuh, tidak hairan kepercayaan diberikan kepadanya untuk memimpin jenama Celine. Kata Michael, “I am honored to come back. Mencorakkan masa hadapan maison ini.”

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down