Langgan

Kemegahan Masa Roger Dubuis

Koleksi terbaru Roger Dubuis ini dihasilkan atas prinsip harmoni dan kontras
1 minit untuk membaca
Published: September 23, 2024

Mahu menyerlah dengan cara yang tersendiri menjadi elemen utama rekaan terkini Roger Dubuis. Pengalaman penciptanya yang sudah mendominasi pasaran penghasilan jam tangan sejak bertahun lamanya menjadikan jenama ini diperakui kehebatannya.

Tahun ini jenama ini meneruskan legasi penghasilan jam tangan mereka di Watches & Wonders Geneva 2024 dengan kehalusan seni pembuatan yang lebih diyakini. Roger Dubuis menzahirkan keluaran terbaru iaitu Orbisin Machina yang dihasilkan atas prinsip harmoni dan kontras. Penceritaannya berbalik pada naratif warisan yang ketulenan penghasilannya disatukan dengan ilham kreatif seni bina.

KEUNIKAN REKAAN

Menerusi ciptaan terbaru ini membenarkan penciptanya memanipulasi ruang kreatif dengan elemen dekor sekali gus menjadikan estetika seni penghasilan kali ini lebih unik tersendiri. Lambang jenama ini yang diletakkan pada telunjuk jam 7 menawarkan sesuatu yang cukup berbeza dengan apa yang di pasaran hari ini.

Mekanismenya juga diperhalusi dengan cukup kompak dengan penggunaan sistem yang dipaten bagi membenarkan lebih banyak ruang untuk penciptanya menunjukkan keunikan jam tangan ini. Disempurnakan dengan bazel emas 18k bersama rona hitam yang menjadi asas juga daya tarikan utamanya.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down